Thursday, March 31, 2011

Jalan Berpenunggu di Gua Musang

     Sesiapa yang pernah melalui Gua Musang pasti tahu bagaimana keadaan jalan di daerah tersebut. Jalan di daerah tersebut yang berbukit-bukau meningkatkan risiko kemalangan. Tetapi tahukah anda, salah satu punca kemalangan terjadi di daerah tersebut?

 

     Sebenarnya, salah satu jalan di kawasan Gua Musang berpenunggu. Mungkin kepada individu yang sudah mengetahui selok-belok jalan di Gua Musang tidak akan terpedaya dengan tipu helah penunggu di situ yang menuntut nyawa para pengguna jalan raya di sana.
     Aku ada sebuah kisah yang ingin diceritakan kepada kamu semua. Pada suatu hari, kakak sepupuku memandu kereta kekasihnya yang mengambilnya dari universiti untuk pulang ke rumah. Dia mengambil keputusan untuk memandu kereta kerana melihat kekasihnya yang kepenatan semasa memandu. Beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu telah terhumban ke dalam gaung.  Kakak sepupuku tidak sedarkan diri. Walau bagaimanapun, kekasihnya yang tidur di sebelah tempat duduk pemandu tersedar tiba-tiba. Dia meminta bantuan daripada seorang penduduk yang tinggal berhampiran. Sebaik meminta bantuan dia jatuh pengsan.


      Menurut penduduk tersebut, kemalangan selalu berlaku di kawasan tersebut. Akibat kejadian itu, kakak sepupuku hilang dua jari kanan, manakala kekasihnya mendapat beberapa jahitan di bahagian kepala. Kakak sepupuku histeria dengan kejadian tersebut.
     Mamaku berkata, kadang-kala ada kawasan tertentu yang berpenunggu. Penunggu di kawasan tersebut sengaja mengaburi mata para pemandu dengan membuat pemandu melihat kawasan yang sebenarnya gaung mempunyai lorong untuk dilalui, manakala kawasan yang sebenarnya mempunyai lorong dilalui kelihatan seperti gaung. Para pemandu yang tidak mahir tentang selok-belok jalan akan menjadi mangsa kemalangan. Aku semakin prcaya dengan kata-kata mamaku apabila kawan adikku menceritakan bahawa terdapat sebuah tempat di Gua Musang yang dikatakan memang keras. Tempat tersebut sebenarnya hanay mempunyai satu lorong, iaitu di hadapan. Tetapi penunggu mengaburi mata pemandu dengan membuatkan pemandu tidak nampaklorong di hadapan. Mereka hanya nampak lorong di sebelah kanan dan sebelah kiri yang sebenarnya ialah gaung. Selalunya, para pemandu yang mahir dengan selok-belok di Gua Musang akan beristighfar apabila situasi tersebut terjadi kepada mereka sebelum terus memandu ke arah hadapan walaupun kelihatan seperti tiada lorong melainkan gaung di hadapan.
      Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa berdoa untuk mengelakkan diri daripada ditimpa bala. Lebih-lebih lagi, kita diajar sejak kecil tentang pelbagai jenis doa sepertoi doa keluar rumah, doa menaiki kenderaan dan doa makan.

Hukum Membaca Zodiak

 

     Hampir di semua majalah terdapat ramalan zodiak. Zodiak menjadi salah satu hiburan yang melariskan majalah-majalah di pasaran. Padahal, sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali membaca zodiak, sama ada kita mempercayai ramalan tersebut atau tidak. Rasulullah S. A. W. bersabda:“Siapa yang mempelajari ilmu nujum berarti ia telah mempelajari cabang dari ilmu sihir, apabila bertambah ilmu nujumnya maka bertambah pulalah ilmu sihirnya."(HR Ahmad dengan Sanad Hasan).
     Solat orang yang membaca zodiak walaupun tidak membenarkan apa yang dibaca olehnya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari. Tetapi jika seseorang itu membaca zodiak dan mempercayainya, maka dia telah kufur terhadap ajaran Rasullullah S. A. W.. Rasulullah S. A. W. bersabda:“Barang siapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun, lalu mempercayai apa yang diucapkannya, maka ia telah kufur dengan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad Shallahu alaihi wasallam.” (Hadits sahih Riwayat Imam Ahmad dan Hakim). Walaubagaimanapun, jika seseorang itu membaca zodiak untuk mengingkari atau membantah ramalan tersebut maka hukumnya tuntut,bahkan menjadi wajib.
     Tujuan orang yang mengambil tahu tentang nasib mereka menggunakan ilmu nujum tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk mengelakkan nasib buruk. Padahal Allah telah menulis takdir sama ada baik atau buruk 50 000 tahun sebelum Dia mencipta langit dan bumi seperti sabda Rasullullah S. A. W. : “Allah telah menuliskan takdir seluruh makhluk 50 ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi.” (HR. Muslim).
     Walaupun kadang-kala kita membaca zodiak dengan tujuan untuk berhibur tetapi kita harus ingat bahawa syaitan sentiasa menyesatkan manusia. Kemungkinan kita akan menjadi obses membaca zodiak sehingga menerbitkan rasa percaya terhadap ramalan tersebut. Seandainya secara kebetulan ramalan zodiak itu benar-benar terjadi, kemungkinan individu mula berterusan menaruh kepercayaan kepada ramalan bintang tersebut. Akhirnya, individu tersebut menjadi umat yang kufur terhadap ajaran Nabi Muhammad S. A. W. .  Perkara penting yang perlu umat Islam ingat adalah tanpa Izin Allah sesuatu perkara itu tidak akan berlaku.


I Believe the Feeling of Love But.....


     I believe the feeling of love. I also believe in men. If I say I was traumatized by the love of the past, that means I'm lying. I'm just not ready. Many people tried to kill himself because of a broken heart. There are also a few people who have been frustrated due to a breakup, take the easy way to reverse sexual practices. Most importantly, I really understand that human hearts can be changed at any time. I appreciate a person who is related. Therefore, I do not want love at a young age because I'm an individual who does not know how to divide my time between lessons, love, friends and family. I'm simple friendly with anyone but with a little mistake can cause me to be an emotional and sensitive. I would just love when I was really emotionally mature and intelligent control.

      Besides, my mom is very picky in choosing the law. Perhaps because she has been aware that her daughter was often seduced by the men of the rank she would not give me permission to look at the ordinary man. I do not blame her because I really understood that she had lived in poverty during childhood. She did not want me to suffer the same fate. But, I also have a condescending attitude that is very bad.


     When I face failure, I am willing to release the man I love. In the past, I had love but just to show off. After all, they are all famous men.But now I'm regretting my actions. Perhaps because the men who came in my life are all well behaved. So I feel very guilty toward them.


       In addition, I believe the love relationship in accordance with Islamic law. Marriage after the wedding. I never read the literature that tells a love before marriage is not blessed by God. Therefore, when married, they can not achieve happiness in marriage. Consequently, a divorce occurs. I do not want to be a widow.

Wednesday, March 30, 2011

RM 100 Menjadi Milikku



     Semalam, aku ke sekolah menghantar slip salinan PMR dan SPM kepada Puan Nik Meriam seperti yang diminta olehnya beberapa hari sebelum itu. Alhamdulillah. Aku mendapat RM 40 sebagai penghargaan untuk keputusan SPM aku yang ditaja oleh Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga pernah menaja buku latihan dan tuisyen percuma kepadaku untuk menghadapi SPM.
     Beberapa hari sebelum itu, mama aku juga memberi RM 50 kepada aku. Tetapi bukan disebabkan keputusan SPM, hanya sebagai duit poket. Walau bagaimanapun, semalan dia memberi RM 10 lagi kepadaku. Bermakna, dalam tempoh tidak sampai seminggu, aku mendapat RM 100 tanpa bekerja.
     Aku harap rezeki sentiasa mencurah-curah ke dalam hidupku. Semoga dengan rezeki yang murah, aku tidak akan lupa diri. Amin.

Andainya Aku Delaila

     Drama bertajuk "Samson dan Delaila" sudah sampai ke penghujung . Penghujung ceritanya amat menghayat hati hingga boleh membuatkan hati tersentap.

     Pada akhir episod, Delaila bernikah dengan Samson, walaupun mengetahui jangka hayat Samson adalah singkat kerana menghidap penyakit jantung.  Samson meminta Amir mengahwini Delaila seandainya dia meninggal dunia.
     Delaila berkahwin dengan Amir selepas kematian Samson seperti yang diminta oleh Samson semasa hayatnya masih ada. Hasil perkahwinan dengan Samson, mereka mempunyai seorang anak perempuan. Babak yang paling menyedihkan adalah ketika Delaila melawat pusara Samson bersama anak perempuan serta suami barunya Amir.
    Tahukah kamu wahai para wanita bahawa tempat seorang isteri di syurga adalah bersama suami terakhirnya andai suaminya itu turut ditempatkan di syurga? Andainya aku Delaila, aku tidak akan berkahwin dengan Amir walaupun Samson yang meminta aku berbuat demikian kerana aku mahu bersama Samson hingga ke syurga. Lagipun, Delaila seorang perempuan berharta yang boleh menyara hidup tanpa seorang lelaki. Jika aku ialah Delaila yang sangat menyintai Samson, aku yakin bahawa pintu hati aku sukar untuk menerima lelaki lain kerana Samson sangat baik. Dia menyintai Delaila sepenuh hati. Padahal, Delaila pernah mempunyai anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan Amir.
     Mungkin ada perempuan yang berkahwin lain selepas kematian suami bertujuan untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke kancah zina. Tetapi bagi perempuan yang sukar untuk menerima dan melupakan seseorang yang istimewa seperti aku, mungkin aku tidak akan ' berselera' terhadap lelaki lain selepas kematian suamiku yang menjaga dan menyayangiku sepenuh hati, walaupun dia pernah terluka disebabkan sikapku yang pernah mengabaikannya.
     Walau bagaimanapun, secara realiti, belum tentu lagi ada lelaki yang sebaik Samson. Andainya semua lelaki akhir zaman mempunyai sikap kaki perempuan, aku rela tidak berkahwin selama-lamanya.

Friday, March 25, 2011

Tikus Masuk Sarang Burung

     Pelik tetapi benar. Hanya itu yang boleh aku ungkapkan tentang kejadian yang berlaku pada pagi tadi. Ketika itu, adik-adikku mahu ke sekolah. Aku pula belum bangun lagi. Aku berasa sangat penat sebab dalam keadaan haid.
     Adik perempuanku yang melalui kawasan dapur terperanjat besar melihat dua ekor tikus masuk ke dalam sarang burung ayahku. Dia dengan selamba berkata, "Kenapa mama kurung tikus kat dalam sangkar burung tu?"
      " Buat apa mama nak kurung dia dalam tu? Mama bukan nak bela tikus," balas mamaku.

   
      Aku bangun agak lewat. Itu pun disebabkan ada seorang lelaki mengganggu tidurku. Dia adalah kawan lamaku. Selepas berbual-bual dengannya di telefon bimbit, aku terus meluru ke dapur. Aku juga terkejut apabila mengetahui ada dua ekor tikus dalam sarang burung ayahku.
     " Selalu kalau pasang perangkap tikus, seekor tikus je yang masuk kat dalam tu. Hari ni, boleh pula tikus masuk kat dalam sarang burung. Dua ekor pula tu, " kataku kepada mama.
   
  Oleh sebab, aku dan mama kuberasa geli terhadap tikus-tikus tersebut, kami terpaksa menunggu ayah pulang untuk mengeluarkan tikus-tikus itu, selain menamatkan riwayat haiwan perosak itu. Kasihan burung-burung di salam sarang burung ayahku kerana terpaksa berhimpit dengan tikus-tikus yang hodoh. Lebih kelakar lagi, burung-burung dan tikus-tikus di dalam sarang burung itu saling takut antara satu sama lain.