Aku pun tidak tahu apakah kesilapanku sehingga menyebabkan dia berasa kecil hati denganku. Mungkin caraku mahu melihat dia berjaya agak kasar. Tetapi aku mahu dia tahu bahawa aku ' mengejaminya ' kerana aku sangat menyayanginya. Walau bagaimanapun, semua itu kisah lama, nafsu lama dan dosa lama. Hari ini, aku sengaja mencoretkan kisah yang pernah berlaku antara aku dan dia untuk membuat lelaki-lelaki yang pernah menghadapi situsi sepertinya faham bahawa perempuan sepertiku mengejami lelaki bukan kerana perasaan angkuh atau ' queen control '.
Cukuplah aku menggelarnya sebagai H. Aku menegnalinya pada bulan 12, tzhun 2009. Ketika itu, kami masing-masing berusia 16 tahun. Pada mulanya, aku memang agak meminatinya tetapi memendam perasaan kerana menganggap dia sombong dan bongkak. Walau bagaimanapun, akhirnya kami mulai rapat setelah dia memulakan salam perkenalan kepadaku.
Malangnya, hubungan kami berantakan kerana perasaan cemburunya yang terlalu kuat terhadap lelaki yang pernah kucintai sebelumnya, iaitu F. Dia bengang kerana aku masih berhubung dengan F walaupun aku mengakui bahawa aku menyayanginya. Aku pula selau menceritakan kehebatan F kepadanya sehingga dia berasa rendah diri. Sejujurnya, memang niatku untuk membuat dia cemburu. Tetapi niatku yang utama adalah membuat dia berasa tercabar, lalu berusaha menjadi lebih hebat daripada F. Maklumlah, aku sangat menyayanginya dan mengharapkan yang terbaik untuknya. Aku mahu cita-citanya sebagai juruterbang menjadi kenyataan.
Selain itu, aku juga sangat menyukai sikapnya yang rajin bersolat. Maklumlah, perempuan yang agak moden dan agresif sepertiku harus berkawan dengan orang yang baik untuk merubah sikap-sikap negatif yang ada dalam diriku. Walau bagaimanpun, aku agak bengang dengan sikapnya yang suka berlucah. Maklumlah, setahu aku dia seorang yang baik. Apabila dia tiba-tiba menggunakan bahasa lucah ketika berkomunikasi denganku, sudah tentulah aku berasa terkejut. Lagipun, kebanyakan orang yang bersikap baik akan menjadi benar-benar jahat apabila terhasut dengan kejutan budaya yang tidak sihat. Aku tidak mahu kejadian yang menimpa bekas kekasih kawanku terkena pada dirinya pula.
Beberapa kali kami bergaduh kerana salah faham sehingga pernah tidak bertegur lebih daripada smeinggu. Tetapi disebabkan cinta yang masih kuat, kami bersatu kembali. Entah mengapa pada suatu hari aku berasa sikapnya semakin teruk dan menyakitkan hati. Kali ini, aku nekad meninggalkannya buat selama-lamanya. Alhamdulillah. Aku boleh melupakannya.
Walaupun niatku mahu meninggalkannya untuk selama-lamanya tetapi apabila dia mahu berkawan lagi denganku, aku langsung tidak menolak. Seandainya waktu boleh diputarkan semula, aku cuma mahu dia tahu bahawa aku mengejaminya kerana aku mahukan yang terbaik untuknya. Aku menyakitinya juga kerana aku mahukan yang terbaik untuknya.
Thursday, April 14, 2011
Aku Hanya Mahukan Yang Terbaik Untuknya
Posted by Snow Regina at 11:23 PM 0 comments
Siapakah Pilihan Aku?:Lelaki Moden VS Lelaki Skema
Walaupun zaman sekarang merupakan zaman teknologi canggih dan negara membangun tetapi masih wujud lelaki skema di atas bumi kita. Bagaimanapun, jumlah mereka terlalu sedikit.
Pada kesempatan ini, aku mahu membezakan antara lelaki moden dengan lelaki skema. Lelaki moden biasanya mementingkan penampilan. Seperti wanita, mereka juga suka menghabiskan duit untuk membeli pakaian-pakaian berjenama supaya kelihatan ’ up to date ‘. Bukan itu sahaja, lelaki moden suka memakai aksesori seperti rantai dan cincin. Boleh dikatakan, lelaki moden memang suka berbelanja besar seperti kaum wanita. Lelaki moden juga suka merubah gaya rambut mereka.
Bagaimana pula dengan lelaki skema? Lelaki skema selalunya memakai cermin mata putih yang dikhaskan untuk golongan rabun. Maklumlah, rajin membaca buku. Gaya rambut mereka juga agak bersahaja. Selain itu, cara mereka berjalan juga agak kelakar dan wajah mereka kelihatan sungguh bodoh apabila melemparkan senyuman atau dalam istilah lain adalah hambar.
Siapakah pilihan aku? Lelaki moden atau lelaki skema? Jika aku diberi pilihan, sudah tentu aku memilih lelaki skema. Salah satu faktor aku memilih lelaki skema ialah wajah mereka yang hodoh mengurangkan risiko untuk dikebas wanita lain. Selain itu, sikap mereka yang tidak suka melepak melambangkan mereka lebih berakhlak baik daripada lelaki moden. Walau bagaimanapun, ada lelaki yang sengaja berpenampilan skema untuk berlagak baik. Setuju? Sebenarnya, aku meminati lelaki skema kerana gaya mereka yang bersopan-santun apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Bahkan, lelaki skema juga tidak suka mengejek-ngejek seseorang tanpa alasan yang munasabah. Sikap lelaki skema yang suka belajar juga membuatkan aku berasa masa depanku lebih cerah jika berumah tangga dengannya suatu hari nanti.
Walau bagaimanapun, terdapat juga lelaki moden yang seimbang antara berfesyen dengan belajar. Lelaki seperti ini merupakan bonus kepada kaum perempuan seperti aku. Tidak dinafikan, lelaki moden meminati perempuan yang cantik bak model terkenal. Tetapi jangan hairan jika akhirnya mereka memilih perempuan yang dikategorikan sebagai skema untuk dijadikan isteri. Hal ini, disebabkan perempuan skema jarang terdedah dengan gejala sosial yang merosakkan akhlak. Oleh sebab itu, mereka berpendapat wanita seperti ini sesuai untuk dijadikan isteri kerana boleh menghadiakan mereka zuriat yang beraklah mulia.
Bagaimanapun, aku kurang meminati lelaki moden kerana aku menyukai lelaki yang selamba dan menonjolkan wajahnya yang sebenar. Semua orang sudah sedia maklum, bahawa lelaki zaman sekarang sudah pandai bersolek. Apabila mereka bersolek, maka wajah sebenar mereka tidak dapat diketahui. Mungkin disebabkan, aku pernah menjadi perempuan yang tidak memakai walau secalit bedak di wajah apabila keluar rumah, maka aku berasakan lelaki skema lebih sesuai denganku, meskipun kini aku sudah mula bersolek apabila keluar rumah.
Posted by Snow Regina at 11:12 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Kucing Pun Pandai Merajuk
Beberapa hari lepas, Staf Meor menghadiahkan kucing kepada keluargaku. Kucing itu besar, berbulu putih dan gebu. Paling penting, kucing itu lebih bijak daripada manusia zaman sekarang. Manusia zaman sekarang harapkan otak sahaja berat tetapi akal tiada.
Baiklah, kita lupakan perihal tentang manusia zaman sekarang yang tiada akal. Aku mahu menyambung semula kisah kucingku supaya kisah yang kucoret kali ini tidak lari daripada tajuk.
Petang tadi, selepas pulan dari kerja, ayah berman-main dengan kucingku. Kucing yang jinak dan manja itu tiba-tiba bergurau kasar. Dia mencakar tangan ayah. Nasib baik dia tidak ditampar oleh ayah. Ayahku memarahinya. Dia meninggalkan ayahku sebaik sahaja dimarahi. Apabila ayah memanggilnya, dia langsung tidak mahu mempedulikan ayah.
Tidak lama selepas itu, ayah tidur kerana kepenatan. Tiba-tiba, dia menggangu ayah yang sedang tidur. Ayah yang terjaga daari tidur segera menjerkahnya. Akibatnya, dia merajuk sekali lagi. Entahlah, bila dia akan sejuk kembali.
Posted by Snow Regina at 11:09 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Kasihan Dia Tak Sempat Bermanja Hari Ini
Setiap hari, aku pasti akan meluangkan masa di malam hari untuk memeluk dan mencium dia. Gatalkan aku ini? Sungguh tak malu, perempuan cium lelaki. Siapakah dia? Suami? Aku belum berkahwin lagi. Teman lelaki? Mungkinkah aku jatuh cinta lagi? Padahal, baru semalam aku mengatakan aku mahu memikirkan masa depan sebelum berfikir tentang teman lelaki.
Sebenarnya, dia ialah adik bongsuku. Selalunya, aku akan bergurau dengan adikku yang comel itu. Maklumlah, dia sibuk bersekolah sehingga tidak sempat bergurau denganku. Walau bagaimanapun, aku sempat mengajar dia membuat kerja sekolah selama beberapa minit.
Maafkan kakak ' my dear brother '. Kakak sangat stres hari ini. Maklumlah, kakka mendapat khabar yang kurang baik semalam sehingga menyebabkan kaka berasa runsing dan tidak sedap hati.
Posted by Snow Regina at 10:22 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Wednesday, April 13, 2011
Adakah Cinta Mereka Berpaut Kembali?
Dulu, aku pernah bekerja sambilan di MTD. Aku juga sempat berkenalan dengan beberapa orang pelajar-pelajar MTD yang kinimerupakan lepasan SPM yang sedang menunggu tawaran untuk sambung belajar.
Aku mahu bercerita tentang seorang budak MTD yang kukenali dari kompeni Delta. Budak lelaki ini agak ' handsome ' orangnya. Disebabkan faktor ini jugalah ' ex-girlfriend ' dia yang sama sekolah dengannya sebelum dia bersekolah di MTD menaruh hati kepadanya sejak di tingkatan satu lagi. Hendak dijadikan cerita, hubungan mereka terputus kerana ' ex-girlfriend ' dia sukar mempercayai lelaki.
Walau bagaimanapun, aku terkejut beruk apabila gambar mereka mengambil gambar bersama-sama dimasukkan ke dalam facebook. Adakah cinta mereka berpaut kembali? Aku sendiri tidak pasti.
Oleh sebab, aku sudah belajar untuk tidak menjaga tepi kain orang, maka aku malas bertanyakan tentang hubungan mereka, meskipun bukan sahaja lelaki tersebut, bahkan ' ex-girlfriend ' dia juga merupakan kawanku, walaupun kami hanya berkenalan melalui facebook. Aku, bila pula mahu membuka pintu hati setelah sekian lama kecewa? Jawapannya adalah sekarang bukan masa yang sesuai. Aku mahu memastikan masa depanku benar-benar terjamin sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang. Lagipun, aku mendapat pengajaran daripada hubunganku yang telah terputus dengan lelaki-lelaki yang pernah aku cintai supaya jangan mudah mempercayai janji-janji seseorang.
Posted by Snow Regina at 8:36 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Tuesday, April 12, 2011
Hukum Karma Itu Wujud
Beberapa bulan yang lepas, aku sempat menyulam asmara dengan seorang pelajar UPNM, iaitu I. Boleh tahan kacak orangnya. Selain itu, pakaiannya juga boleh dikategorikan sebagai ’ up to date ‘.
I pernah berpesan kepada aku supaya jangan berubah sikap apabila aku mempunyai rezeki menyambung belajar ke peringkat lebih tinggi kerana hukum karma itu ada. Malangnya, dia terpesong daripada pesananya sendiri. Tanpa aku sedari, I sebenarnya sudah mempunyai teman wanita sebelum rapat denganku. Teruk juga aku dimarahi teman wanitanya. Akhirnya aku mengundur diri untuk tidak menambahkan masalah lagi, selain tidak mahu dicop sebagai perampas ’ suami ’ orang.
Walau bagaimanapun, pesanan I masih kupegang sehingga kini. Apabila teringat peristiwa yang menimpa salah seorang staf yang bekerja di tempat yang sama dengan ayahku, aku makin teringat pesanan I tentang hukum karma.
Aku tidak berniat mahu membuka pekung di dada sesiapa kerana aku juga manusia biasa yang bergelumung dosa. Cukuplah aku gelarkan staf di tempat kerja ayahku itu sebagai Abang Y.
Abang Y memang seorang staf yang agak liat untuk bekerja. Ayah pernah ’ mengejaminya ’ disebabkan sikap buruknya itu sehingga seorang ustaz mengatakan bahawa ayahku seorang yang zalim. Pada suatu hari, ayah mendapat tahu bahawa Abang Y menghidap kanser. Mungkin disebabkan faktor sakit, Abang Y malas bekerja. Sepatutnya, Abang Y patut menunjukkan bahan bukti kepada ayah bahawa dia sakit, bukan mendiamkan diri sehingga memakan diri.
Oleh sebab, Abang Y memiliki sikap negatif di tempat kerja suatu ketika dahulu, tiada sesiapa pun yang mempedulikan Abang Y walaupun dia sedang menderita penyakit kanser urat saraf kanser keempat. Bahkan dia diarahkan untuk bertukar tempat kerja. Aku sedih melihat keadaannya yang teruk ketika datang ke rumah tadi untuk berjumpah ayahku. Sudahlah badannya kurus, matanya mula bertakung air mata kerana menahan sakit yang amat sangat.Sesekali kedengaran dia terbatuk-batuk. Mulutnya sukar dibukakan menyebabkan dia tidak boleh makan, melainkan minum susu. Jika mahu memakan bubur, bubur itu mesti dikisar sehingga betul-betul halus. Giginya pula terpaksa dicabut beberapa batang untuk kebaikan kesihatannya.
Mungkin Abang Y mendapat layanan buruk daripada orang sekelilingnya ketika sakit disebabkan sikap negatifnya suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, aku sangat terkilan dengan mereka yang masih menyimpan perasaan benci kepada Abang Y. Maklumlah, manusia tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Hari in hari malang buat dirinya. Esok pula mungkin hari kita. Memang susah untuk berbuat baik kepada orang yang sering melakukan kesalahan. Tetapi sebagai manusia, kita patut berperikemanusiaan. Kita tidak berhak menghukum manusia sesuka hati kerana yang paling adil dalam memberi hukuman hanyalah Allah.
Posted by Snow Regina at 9:32 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Ayah Membelikan Nasi Lemak Setelah Perutku Kekenyangan
Sebenarnya, sejak petang lagi perutku menuntut nasi lemak sebagai santapan. Oleh sebab itu, aku meminta ayahku membelikan nasi lemak kepadaku.
Ketika keluargaku sedang lahap menikmati makan malamnya, aku terlihat mama menghidangkan ayam goreng di atas meja. Oleh sebab, menyangka ayah terlupa tentang permintaanku petang tadi, selain aku mula kecur air liur melihat hidangan ayam goreng di atas meja, aku tidak teragak-agak menikmati makan malam bersam keluargaku.
Tidak lama kemudian, ayahku keluar bersama adik bongsuku. Kononnya, mahu membelikan makanan untuk haiwan-haiwan peliharaan di rumah. Tetapi aku terkejut apabila ayah membawa pulang nasi lemak untukku. Kalaulah begini, aku boleh mendapat penyakit obesiti tidak silap haribulan.
Aku pun tidak pasti, bilakah aku akan menikmati nasi lemak tersebut.Maklumlah, aku sudah kekenyangan. Tetapi jika ditunggu sehingga esok, mungkin nasi lemak itu akan basi. Mahu atau tidak, aku terpaksa jugalah menyantap nasi lemak yang diberi di kedai makan kesukaanku itu.
Posted by Snow Regina at 6:37 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Monday, April 11, 2011
Semua Binatang Peliharaan Mahu Sekatil Denganku
Apabila aku terkenangkan peristiwa-peristiwa yang aku lalui bersama binatang-binatang peliharaanku, aku berasa bahawa akulah perempuan yang paling sesuai menjadi ' girlfriend ' tarzan.
Beberapa bulan yang lalu, hamster aku yang terlepas daripada ' istananya ' telah berhijrah ke bilik aku. Aku yang takut menyentuh hamster membiarkan sahaja dia berada di bilikku kerana semua orang sudah tidur dengan nyenyaknya. Aku menutup pintu bilik kerana risau hamster itu akan ' menjelajah ' ke ruangan lain pula di dalam rumahku. Keesokannya, ketika aku mahu menarik cadar untuk menyelimuti tubuhku, aku terkejut melihat hamsterku ada berhampiranku. Warnanya yang sama dengan cadarku membuatku aku hampir merenyuk dia.
Beberapa hari lepas pula, Staf Meor menghadiahkan seekor kucing. Staf Meor memang sangat menyayangi kucing. Kucing yang diberi sangat jinak dan suka bermanja. Seiap kali kucing itu menghampiriku, aku akan ketakutan.
Sudah menjadi tabiatku menguak sedikit pintu bilik ketika mahu tidur sejak diganggu pelbagai jenis jelmaan yang menghempap tubuh dan mencekik leherku suatu ketika dahulu. Bodoh punya jelmaan. Apabila aku tersedar pagi tadi, kelihatan kucingku sudah berada di atas katilku. Aku sendiri hairan, mengapakah semua haiwan peliharaan mahu sekatil denganku? Nasib baiklah aku tidak membela kambing. Silap haribulan, aku sekatil dengan kambing pula.
Posted by Snow Regina at 7:14 PM 0 comments
Labels: MY STORY
Terima Kasih Memperkenalkan Tumblr Kepada Aku
Sudah lama rasanya tidak ' online ' YM. Tiba-tiba, aku ' online ' YM sebentar tadi. Itu pun disebabkan ' line ' yang kurang elok untuk aku membuka akaun blog aku.
Aku sibuk bertanyakan tentang sesiapa yang memiliki akaun blog di YM. Tiba-tiba, ada seorang kawan mengenalkan aku dengan tumblr. Aku segera membuat satu akaun tumblr . Ternyata kegunaan tumblr lebih kurang dengan blogger. Menurut kawan aku yang memperkenalkan Tumblr kepada aku itu, Tumbrl lebih mudah digunakan dan selalunya mendapat perhatian ramai perempuan.
Oleh sebab, aku baru berjinak-jinak dengan Tumblr , aku agak pening untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun, aku pasti akan mahir menggunakannya suatu hari nanti seperti aku mula mahir menggunakan blog.
Posted by Snow Regina at 10:48 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Budak Banyak Songeh
Tadi, aku dan keluarga kecuali adik perempuanku ke kedai untuk membeli barang makanan. Aku meminta mama membelikan sebiji tembikai dan sebekas aiskrim vanilla.
Tiba-tiba, ada seseorang yang menghantar SMS kepadaku. Aku beranggapan SMS itu datang daripada kawan adik angkatku yang setahun lebih muda daripadaku. Maklumlah, akukan ramai peminat. Budak-budak junior pun ramai yang meminatiku. Rupa-rupanya, SMS tersebut dihantar oleh pelajar tingkatan tiga yang mendapat nombor telefon bimbitku daripada majalah sekolah.
Dia meminta aku mengajarnya cara ' upgrade ' blog. Sebagai balasan, dia menjadi salah seorang ' follower ' aku. Aku pun bersetuju untuk mengajarnya ' upgrade ' blog dengan cara menulis langkah-langkah ' upgrade ' blog di blog aku ini.
Entah mengapa tiba-tiba dia banyak songeh. Dia meminta aku yang melakukan segala-galanya untuk mencantikkan blog dia. Walaupun aku berasa agak bengang tetapi aku akkan memenuhi juga permintaannya kerana mencantikkan blog merupakan salah satu hobi aku. Lagipun, menolong orang merupakan amalan yang baik. Mungkin suatu hari nanti, aku pula yang memerlukan bantuannya.
Posted by Snow Regina at 10:23 AM 1 comments
Labels: MY STORY
Siapakah Mengetuk Pintu Rumahku di Waktu Maghrib?
Aku masih ingat lagi peristiwa beberapa tahun lepas. Ketika itu, kerjaya ayahku sebagai tentera mendapat perhatian banyak pihak sehingga melayakkannya menjawat jawatan sebagai RSM 9 RAMD. Tetapi ada pihak yang cemburu cuba menyantau ayahku. Malangnya, ibuku yang terkena ilmu guna-guna individu yang iri hati tersebut. Akibatnya, adikku bongsuku yng masih kecil sering menangis apabila berada di samping ibuku. Ibuku juga sering sakit.
Bukan itu sahaja, orang tuaku juga sering bertekak. Hal ini mungkin disebabkan sikap ibuku yang menjadi terlalu panas baran secara tiba-tiba. Aku sangat stres dengan situasi tersebut. Perasaan takut sering menyebulungi hidupku.
Kalau tidak silap, pada suatu hari, ayah, ibu dan adik bongsuku telah pergi ke pasar malam. Aku dan adik perempuanku tinggal berdua di rumah. Ketika azan Maghrib dilaungkan, pintu rumah diketuk dengan kuat sekali. Melalui kaca tingkap yang jernih berhampiran pintu, aku ternampak bayang-bayang hitam berlari menuju ke rumah sebelah. Aku lekas membuka pintu, lalu memandang ke arah bayang-bayang hitam itu melarikan diri. Tetapi tiada sesiapa yang dapat kulihat. Aku mula berasa tidak sedap hati. Lebih-lebih lagi, aku pasti bahawa aku tidak berkhayal kerana adikku juga mendengar bunyi pintu diketuk sebentar tadi.
Aku menutup semula pintu dengan perasaan takut. Tiba-tiba, pintu rumah diketuk semula. Aku segera mmbuka pintu. Lega. Rupa-rupanya keluargaku sudah pulang. Aku menceritakan hal tersebut kepada orang tuaku. Mama juga mengesyaki bahawa yang mengetuk pintu rumah kami bukan manusia tetapi makhluk lain.
Posted by Snow Regina at 12:01 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Sunday, April 10, 2011
Staf Meor Menghadiahkan Seekor Kucing
Semenjak aku berjiran dengan Staf Meor di Pangsapuri Annur hingga aku berpindah ke Jalan Hang Lekir yang terletak berdekatan MTD, aku sudah sedia maklum bahawa Staf Meor ada membela kucing.
Ketika di zaman kanak-kanak dahulu, aku juga sukakan kucing. Tetapi apabila aku sudah meningkat dewasa, minat aku terhadap haiwan semakin luntur.
Petang ini, cuaca sangat sejuk kerana bumi dibasahi tangisan dari awan ( hujan ). Kesejukannya menyelimuti segenap tubuhku. Ketika aku sedang mandi, Staf Meor datang ke rumah menghantar seekor kucing. Aku yang mendapat berita tentang hadiah daripada Staf Meor itu, terus meluru ke bilik belakang sejurus lengkap berpakaian.
Entah mengapa, ngiauan kucing tersebut sungguh manja dan mengingatkan aku kepada seseorang,iaitu Iman Rayyan Shah. Aku semakin terpesona melihat kucing yang bersembunyi di bawah katil itu kerana memiliki sepasang mata biru yang berkilauan umpama mutiara. Bulunya juga putih dan bersih umpama kilauan kaca tajam.
Saiz kucing itu agak besar. Dia menjilat-jilat tangan adik perempuanku saat adikku itu memberinya makanan.
" Macam sedap je makanan kucing ni...," ujar adikku.
" Kau amiklah sekeping, makan," usikku.
" Kepala hotak kau," balas adikku sambil ketawa.
Posted by Snow Regina at 1:02 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Saturday, April 9, 2011
Kura-kura Bertelur
Pada sambutan Awal Muharram tahun lepas., adik bongsuku beria-ria mahu membeli kura-kura. Tetapi ayahku tidak memenuhi keinginannya. Pada sebelah petang, pak cikku dan keluarganya datang ke rumah kami.
Adikku mengajak sepupu kami yang seusia dengannya bermain di tepi tasik. Mereka ternampak seekor kura-kura berhampiran tasik. Mereka pulang ke rumah untuk menyampaikan khabar gembira tersebut. Aku segera mendapatkan kura-kura tersebut sebelum didahului orang lain. Murah sungguh rezeki adikku pada Awal Muharram. Alhamdulillah.



Selepas beberapa bula memelihara kura-kura besar tersebut, baru-baru ini kura-kura tersebut telah bertelur. Oleh sebab bertelur di dalam air, telurnya telah pecah. Kasihan sang kura-kura besar. Ayahku pernah mencadangkan untuk melepaskan kura-kura tersebut ke dalam tasik semula. Tetapi adikku tidak bersetuju. Walau bagaimanapun, selepas melihat telur sang kura-kura itu pecah, adikku pun bersetuju. Malangnya, ayah pula tidak sampai hati berbuat demikian.
Aku mencadangkan, ayah menempatkan kura-kura tersebut bersama ikan-ikan kelinya di belakang rumah. Tetapi ayah menolak untuk berbuat demikian. Hal ini disebabkan, ayah khuatir kura-kura tersebut memakan ikan-ikan kelinya.
Posted by Snow Regina at 10:40 PM 0 comments
Labels: MY STORY
Terharu Menonton Sinetron Faiz dan Faizah
Tidak keterlaluan jika aku mengatakan hampir seluruh rakyat Malaysia sudah menonton drama Faiz dan Faizah kerana drama ini sudah beberapa kali ditayangkan di siaran televisyen di Malaysia. Watak Faiz dan Faizah yang comel boleh mencuit hati sesiapa yang memandangnya.
Hari ini, aku menonton drama tersebut lagi di TV 9. Pada episod kali ini, Faiz, adik Faizah telah diculik. Kawan-kawan Faiz, termasuk kakaknya Faizah dan Abang Jali berusaha untuk menyelamatkan Faiz. Malangnya, salah seorang kawan Faiz tertangkap ketika berusaha menyelamatkan Faiz.
Aku sangat terharu melihat babak kawan Faiz mengajak Faiz bertayamum kerana ketiadaan air walaupun mereka sedang diculik. Kawan Faiz menawarkan diri untuk mengajar Faiz yang masih kecil bertayamum. Selepas bertayamum, mereka bersolat di atas helaian surat khabar kerana ketiadaan sejadah.
Penculik yang berada berhampiran mereka kelihatan terpaku melihat mereka menunaikan solat. Drama ini sememangnya sangat sesuai dipertontonkan di televisyen kerana banyak memaparkan nilai-nilai Islam. Subhanallah.
Posted by Snow Regina at 9:12 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Antibodi Semakin Kuat
Semenjak kecil lagi aku menghidap penyakit asma. Apabila meningkat dewasa aku menghidap penyakit anaemia pula. Ketika itu, aku berusia 15 tahun.
Tetapi sejak kebelakangan ini, aku menyedari bahawa antibodiku semakin kuat. Buktinya, aku selalu minum air sejuk dan makan durian pada musim panas, namun aku tidak menghidap sakit tekak seteruk ibu bapaku. Bahkan, aku juga tidak menghidap demam gara-gara makan durian lebih daripada sebiji. Sedangkan sewaktu kecil, kesihatanku mudah terjejas.
Bukan itu sahaja, aku juga boleh berjemur panas dalam tempoh yang lama. Sejak meningkat remaja, aku sudah jarang menghidap demam. Walau bagaimanapun, aku selsema hampir sepanjang tahun. Apa-apa pun, aku bersyukur terhadap Ilahi kerana penyakit kronikku tidak mendatangkan masalah besar buatku lagi seperti pada zaman kanak-kanakku.
Menurut ibuku, aku selalu menangis ketika kecil. Mama percaya, punca aku menangis adalah disebabkan badanku yang selalu berasa tidak sihat.
Posted by Snow Regina at 8:58 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Penunggang-penunggang Motosikal yang Bengong
Hari ini, ada pasar malam di Pekan Sungai Besi. Aku dan keluarga ke sana untuk membeli makanan. Aku memilih kuew tiaw goreng untukku santapan pada malam ini. Selepas puas membeli-belah di pasar malam, aku dan keluarga mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
Sewaktu, aku dan mama serta adik perempuanku hendak melintas jalan, ada sebuah motosikal yang membawa pembonceng membawa motosikal secara tidak beradab. Nasib baik aku dan keluargaku tidak dilanggar. Ketika kejadian itu ayah dan adik lelakiku sudah melintas terdahulu sebelum kami. Penunggang dan pembonceng motosikal tersebut berbaju putih seolah-olah mahu menghadapi maut.
Selepas selamat melintas, aku dan keluarga meneruskan perjalanan untuk mendapatkan kereta yang diparkir di hadapan sebuah rumah. Tiba-tiba ada sebuah motor datang dari arah bertentangan hampir melanggar seorang mak cik di belakangku. Mak cik itu mengucap. Dia begitu terperanjat dengan kejadian tersebut. Nasibnya sungguh baik kerana tidak dilanggar.
Sepatutnya, penunggang-penunggang motosikal harus berwaspada sebelum menunggang motosikal. Janganlah memandu seperti tuan empunya jalan. Jika kemalangan berlaku, bukan sahaja orang yang mereka langgar boleh menemui ajal. Bahkan mereka juga mungkin akan menerima nasib yang sama. Andai mereka terselamat daripada maut, belum tentu mereka akan terselamat daripada dimasukkan ke dalam lokap kerana menunggang motosikal tidak mengikut peraturan.
Posted by Snow Regina at 8:01 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Friday, April 8, 2011
Arnabku Sayang
Aku masih ingat lagi, ketika aku masih di bangku sekolah rendah, aku sangat menyukai arnab. Aku membela empat ekor arnab sahaja pada mulanya. Lama-kelamaan, arnab-arnab tersebut membiak hingga menjangkau angka lebih kurang 50 ekor. Setiap ekor arnabku akan kuberi nama. Paling penting, aku akan mengingati semua nama arnabku dan boleh membandingkan rupa arnab-arnabku. Betapa hebatnya kasih sayang aku terhadap arnab sehingga boleh membezakan rupa mereka.


Oleh sebab, aku berasa agak stres, aku membahagikan asebahagian arnab-arnabku yang masih hidup kepada ibu saudara dan datukku. Malangnya, arnabku dijadikan santapan ibu saudaraku sekeluarga. Kurang ajar sungguh. Datukku pula tidak menjaga arnabku dengan baik. Akibatnya, arnabku hilang entah ke mana.
Kini, aku tidak lagi membela arnab. Aku pasti bersedih setiap kali mengingati kejadian-kejadian yang menyebabkan aku kehilangan arnab-arnabku. Aku berasakan bahawa aku belum pernah menyayangi mana-mana bekas kekasihku seperti aku menyayangi arnab-arnabku yang telah tiada lagi. Mungkin orang beranggapan aku ini gila kerana menyayangi arnab seperti menyayangi manusia. Tetapi arnab-arnabku amat berjasa kepadaku. Merekalah teman aku ketika aku kesunyian kerana ditinggalkan orang tua yang sibuk bekerja. Hanya orang yang pernah merasakan kesunyian yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata sahaja akan memahami erti kasih sayangku terhadap arnab-arnabku.
Posted by Snow Regina at 10:39 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Thursday, April 7, 2011
Akhirnya Chacha ( Marshanda ) Pakai Tudung
Siang tadi aku menonton drama " Sejuta Cinta Marshanda ". Aku agak terkejut apabila Chacha mmula memakai tudnung dala episod kali ini. Drama ini dirakamkan pada tahun lepas. Ketika masih dalam proses berlakon di dalam sinetron ini, Chacha didatangi mimpi akhirat selama lima hari bertutut-turut. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk bertudung selama-lamanya.
Sebelum serius bertudung, Chacha memang selalu diberi watak wanita bertudung. Mungkin disebabkan hidungnya yang mancung, dia begitu cantik mengenakan tudung. Pada drama-dramanya sebelum ini, aku cuma pernah melihat dia memakai tudung segera. Tetapi pada drama " Sejuta Cinta Marshanda ", dia memakai tudung biasa. Aku memang terpukau memandang keayuannya memakai tudung biasa kerana wajahnya lebih sesuai memakai tudung biasa berbanding tidak memakai tudung atau memakai tudung segera.
Apabila melihat Chacha bertudung, maka semangat aku untuk bertudung turut berkobar-kobar. Tetapi sebagai perempuan yang jarang bertudung sejak kecil, aku sendiri tidak pasti sehingga bila perasaanku berkobar untuk serius bertudung. Aku risau jika aku hanya " Hangat-hangat tahi ayam".
Posted by Snow Regina at 12:04 PM 0 comments
Labels: MY STORY
Kapten F...Cukuplah Sampai Di Sini

Kadang-kala, aku malas mahu mengungkit kisah lama. Tetapi, sejarah yang mengajar kita untuk tidak mngulangi kesilapan. Bukan sedikit orang yang tahu tentang hubungan aku dengan Kapten F pada suatu ketika dahulu. Bahkan, tanpa aku sedari, kawan baiknya sendiri, Kapten T sudah sedia maklum bahawa kami agak rapat.
Sejujurnya, pada awalnya aku hanya mengenalinya melalui telefon bimbit walaupun dia bekerja di tempat yang sama dengan ayahku. Suaranya yang seperti orang tua kehabisan ubat batuk menyakitkan telinga aku. Ditambah lagi dengan sikapnya yang menyamakan aku dengan teman wanitanya membuatkan aku sangat membencinya.
Kepalaku seperti dihempap pokok besar tatkala mendengar Kapten S menyebut namanya. Aku mula mengesyaki dia merupakan pegawai yang berkelahi denganku melalui telefon bimbit suatu ketika dahulu. Perasaan kecewa mula menyelimuti hati kerana aku yakin dia telah berpunya. Tetapi aku juga tidak boleh menafikan bahawa dalam hati ada taman.
Waktu berganti, tetapi hubungan kami kekal walaupun kerap berlaku salah faham. Dia mengesyaki aku mempunyai hubungan dengan abang angkatku A dan aku mengesyaki dia mempunyai teman wanita sebelum mengenali aku. Aku sentiasa cemburu walaupun hakikatnya dia bukan teman lelakiku. Selain itu, aku bengang dengan sikapnya yang mengesyaki aku empunyai hubungan dengan A. Agak mustahil aku menyukai lelaki yang berjiwa lembut seperti A kerana aku individu yang agak agresif dan sering terpengaruh dengan movie-movie ganas.
Malangnya, dia hanya pernah menghantar SMS kepadaku tetapi tidak pernah menelefonku. Aku yang selalu menelefonnya. Terdetik di hatiku bahawa dia menghabiskan wang kepada perempuan lain. Pada suatu hari, aku menelefonnya. AKu tidak pasti apa yang tidka kena dengannya. Dia meninggikan suara kepada aku. Aku memang sangat terasa kerana lebih setahun aku bersabar dengan sikapnya yang langsung tidak pernah menelefonku. Dia juga suka berlucah sepanjang kam berkenalan. Tteapi aku tetap bersabar dengan harapan dia akan berubah. Aku yakin, sekuat mana pun nafsu seorang lelaki, masih ada lelaki baik yang bernyawa di bumi ini, di mana mereka tidak akan menuturkan kata-kata lucah kepada wanita yang bukan isterinya. Salah seorang lelaki sebaik itu yang pernah datang dalam hidupku ialah I, pelajar UPNM. Akhirnya, cinta aku kepada Kapten F terpadam setelah sekian lama bersabar dengannya.
Walaupun aku tidak lagi menyintainya, aku btidka pernah memberitahunya hakikat yang sebenar. Aku masih melayannya sebagai seorang kawan. Cuma aku sering mengelak apabila dia meminta aku menghantar gambar kepadanya. Bahkan SMS daripadanya, jarang sekali aku balas. Aku masih ingat ketika dia menghubungiku pada hari lahirnya tahun lepas, aku langsung tidak menjawab panggilan telefon daripadanya.
Aku pernah bertanyakan sama ada dia memiliki akaun facebook atau tidak tetapi dia menjawab tidak walaupun hakikatnygi.a dia memiliki sebuah akaun facebook. Akhirnya terbongkar rahsia bahaw aida rapat dengan seorang perempuan bernama Y. Menurut abang-abang angkat Y mereka akan bertunang tidak lama lagi. Sekiranya mereka bertunag, itu bukan satu masalah besar bagiku kerana hatiku sudah tidak mahu menyintainya lagi. Setiap kali pertanyaan tentang Y diajukan kepadanya diajukan, dia menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa. Aku sangat terkilan dengan sikapnya. Akhirnya, aku keraskan hati untuk langsung tidak melayannya lagi., Tetapi aku sentiasa kalah dengan rayuannya. Walaupun tanpa cinta di dalam hati ini, aku tetap berhubung dengannya lagi.
Bahkan pada hari lahirku, aku meluangkan masa untuk menelefonnya. Entah mengapa aku berasa ada sedikit kekecewaan di hatinya akibat kehilangan Y yang memutuskan perhubungan mereka. Sesungguhnya, jika Y di hatinya, aku tidak mahu menghalang. Tetapi aku juga bukan menyukai mereka bersama. Mungkin ada dendam di hatiku yang membuatkan aku tidak mahu melihat mereka bersama tetapi aku manusia yang mempunyai naluri. Aku tidak sampai hati jika mereka terus bersedih. Kesedihan yang Y rasai akibat hubungannya dengaKapten F putus di tengah jalan pernah dirasai olehku juga.
Mungkin kami tiada jodoh. Akhirnya, kami langsung tidak berhubung lagi. Padahal, hari terakhir kami berhubung, kami langsung tidak bersengketa. Aku berasa agak kehilangan walaupun aku membencinya. Maklumlah, sudah tiga tahun kami berkawan. Tetapi aku ada harga diri. Aku memujuk hati untuk merelakan dia pergi. Apa guna andai kami terus berkawan lagi? Aku sudah tidak menyintainya. Dia pula tidak pernah mahu memperisterikan aku. Selain itu, aku juga berdendam dengannya. Bahkan, aku juga takut menanggung risiko bersuamikan lelaki yang pernah mempermainkan perasaanku.
Ya, hari ini cukup sebulan kami tidak berhubung! Biarlah kami tidak berhubung lagi walaupun aku menyayanginya sebagai seorang kawan. Jika kami berhubung, aku hanya akan mengenangkan apa yang pernah dia lakukan kepadaku. Lagipun, aku sudah selesa berkawan dengan Kapten T, kawan baiknya. Dia lebih matang dan memahami. Mungkin juga disebabkan aku pernah menyukai Kpaten T dan Kapten F serentak suatu ketika dahulu tetapi hati aku lebih berpihak kepada Kapten F membuatkan aku merapati Kapten T kini. Aku bukan mahu menebus rasa cinta yang lalu. Tetapi aku berminat mengenali lelaki itu.
Posted by Snow Regina at 11:19 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Wednesday, April 6, 2011
Nama-Nama Pilihan yang Berbunyi Ala-Ala Inggeris ( Perempuan )
Dania
E
F
H
N
Posted by Snow Regina at 10:06 PM 0 comments
Labels: RELIGIOUS KNOWLEDGE
Monday, April 4, 2011
Syazani Kembali ke Rahmatullah Kelmarin

Aku membaca kisah penderaan seorang kanak-kanak bernama Syazani pada hari Ahad yang lalu. Kisah penderaannya cukup menghayat hati. Lebih-lebih lagi dia telah didera oleh guru sekolah agama berasramanya sendiri. Siapa menyangka seorang guru yang mengajar di sbeuah sekolah agama sanggup berbuat demikian?
Apakah puncanya didera? Dia didera akibat disyaki melakukan kecurian beberapa kali di sekolah agama tersebut. Walau bagaimanapun, dia tidak mengakui bahawa dia melakukan sebarang kecurian. Akibat terlalu marah, salah seorang guru lelakinya telah mengikatnya dan memukulnya hampir dua jam. Dia koma akibat kejadian tersebut. Betapa kejamnya seorang guru memukul pelajar berusia tujuh tahun seteruk itu. Apalah yang diketahui oleh seorang budak kecil seusia Syazani? Aku juga memiliki seorang adik lelaki berusia tujuh tahun. Tidak dapat aku bayangkan andai adik aku didera sekejam itu sehingga koma.
Hatiku lebih tersentuh, tatkala aku tahu bahawa Syazani kehilangan ibunya ketika berusia dua tahun. Keluarga angkat ayahnya yang menjaganya. Manakala ayah kandungnya mencari rezeki sebagai pemandu pelancong jauh dari sisinya. Kali terakhir ayahnya berjumpa dengannya kira-kira setahun yang lalu. Betapa malangnya anak sekecil itu kerana ketandusan kasih sayang daripada orang tuanya.
Ayahnya turut memberitahu pihak media bahawa rupa anak tunggalnya itu saling tidak tumpah seperti arwah isterinya, iaitu ibu Syazani. Pendek kata, Syazani merupakan salah satu kenangan yang memperingatkan ayahnya terhadap ibu Syazani.
Sepanjang membaca kisah Syazani di Harian Metro, aku sangat berharap dia akan bangun daripada koma. Walau bagaimanapun, ajal itu di tangan Allah. Dia menghadap Ilahi pada hari yang sama kisahnya dipaparkan. Semoga rohnya dcucuri rahmat. Al-Fatihah.
Kita harus tahu, setiap manusia ada keinginan. Andai benar Syazani memenuhi keinginannya dengan mencuri, wajarkah dia diperlakukan sedemikian rupa, walhal dia kanak-kanak yang tidak mengenal apa itu erti dosa dan pahala? Sedangkan perompak bank tidak dijatuhi hukum gantung oleh mahkamah, inikan pula budak kecil berusia tujuh tahun didera sehingga koma untuk kesalahan mencuri barang-barang yang entah berapa nilainya berbanding wang dicuri oleh perompak bank.
Bayangkanlah sendiri, bapanya jauh dari sisinya, ibunya pergi tak kembali ketika dia berusia dua tahun, manakala keluarga angkat ayahnya pula menghantarkan dia ke sekolah agama berasrama. Siapakah yang akan menasihatkannya selain guru-guru di sekolahnya sendiri? Haruskah keluarga angkat ayahnya menjenguknya setiap hari untuk memberi nasihat. Padahal, dia dihantar ke sekolah agama untuk diasuh menjadi manusia yang berhati mulia oleh guru-guru agama yang dibayar gaji oleh pihak kerajaan. Guru agama itu harus beringat bahawa dia bukan disuruh bekerja tanpa gaji.
Aku sendiri bingung dengan sikap guru sekolah Syazani yang terlalu panas baran. Sepatutnya, dia memberi motivasi kepada kanak-kanak kecil itu. Malangnya, dia telah menjadi penyebab kematian anak muridnya sendiri. Semoga dia mendapat hukuman setimpal di atas kelakuannya.
Posted by Snow Regina at 11:23 PM 0 comments
Labels: MY STORY
Penat Mengasuh Hadif

Hari ini, aku terpaksa menjaga Hadif kerana mama aku ke Resat untuk ' scan ' baby di dalam perut dia. Menurut doktor, kemungkinan bayi di dalam perut mama aku ialah lelaki. Aku sudah mencadangkan satu nama untuk bayi lelaki, iaitu Niyaz Rafiqi? Mama aku turut menyukai nama tersebut. Oleh sebab, mama ke Resat, aku terpaksa menjaga Hadif.
Pada mulanya, segalanya berjalan lancar. Dia cuma berbaring di riba aku dan sedikit pun tidak meragam. Walau bagaimanapun, beberapa minit kemudian, dia mula buat perangai. Segala barang yang terdapat di atas meja telah dikacau olehnya. Bukan itu sahaja, dia juga mahu berdukung. Lebih tidak tahan lagi, apabila diberi susu, dia tidak mahu minum. Tuhan sahaja yang tahu betapa bengangnya aku dengan kelakuannya.
Aku memasukkannya ke dalam buai tetapi dia masih menangis. Walau bagaimanapun, setelah aku berzikir, dia mulai memejamkan mata. Alhamdulillah. Akibat kepenatan menjaga budak kecil yang cerewet itu, aku juga turut tertidur berhampiran buai Hadif.
Kesimpulannya, kepada remaja perempuan seusia aku , janganlah berkahwin awal kalau tidak mempunyai kesabaran menjaga anak kecil. Aku yang sejak kecil menolong mamaku mengasuh adik bongsuku, Iskandar tetap berasa penat melayan karenah Hadif walaupun sudah bertahun-tahun berpengalaman mengasuh kanak-kanak kecil, inikan pula remaja seusiaku yang jarang mengasuh kanak-kanak. Walau bagaimanpun, aku mendoakan semoga hubungan salah seorang kawanku dengan tunangnya yang telah melangsungkan pertunangan pada 15 Januari yang lalu supaya kekal abadi selama-lamanya. Aku harap, kawan aku itu tidak menyesal dengan keputusannya yang mahu mendirikan rumah tangga dalam usia muda.
Posted by Snow Regina at 7:11 PM 0 comments
Labels: MY STORY
Sunday, April 3, 2011
Akibat Makan Makanan Terlalu Pedas
Kelmarin, aku dan keluarga mengunjungi Uptown yang baru di buka berdekatan The Mines. Uptown tersebut agak luas. Boleh tahan ramai juga pengunjung ke sana. Di Uptown yang dibuka selama 12 jam sehari itu, iaitu dari pukul tiga petang sehingga tiga pagi, pengunjung-pengunjung boleh mencuci mata atau membeli pelbagai jenis fesyen kasut, baju, topi dan lain-lain lagi. Tempat karaoke juga disediakan di sana.
Aku berasa agak penat kerana berjalan di kawasan Uptown yang agak luas itu. Walau bagaimanapun, kami sekeluarga hanya membeli gula-gula. Ayahku pula hanya mendapatkan perkhidmatan mengurut (perkhidmatan daripada pakar mengurut bukan daripada GRO dari China ) yang terdapat di situ.
Pada mulanya, kami sekeluarga berniat mahu menikmati makanan di salah sebuah gerai makan yang terdapat di Uptown tersebut. Tetapi kami terpaksa membatalkan niat kerana semua gerai makan dipenuhi pelanggan. Kami terpaksa makan di restoran berhampiran. Lebih malang lagi, gerai itu dicopkan sebagai kategori gerai kotor. Aku dan adik perempuanku menikmati mee bandung. Kami berdua berasa geram kerana mee bandung tersebut sangat pedas. Begitu juga dengan roti naan ayam tandoori yang dimakan oleh ibuku. Selain itu, harga makanan di situ juga tidak berpatutan.
Oleh sebab, kami sekeluarga mendapat baucer RM 20, kami hanya perlu membayar separuh daripada harga makanan yang telah kami nikmati. Akibat makan makanan yang sangat pedas dan mungkin juga disebabkan faktor memilih kedai yang dikategorikan sebagai kedai kotor, aku dan keluarga sakit perut hingga ke hari ini. Aku berjanji tidak mahu ke gerai tersebut lagi.
Posted by Snow Regina at 10:43 AM 0 comments
Labels: MY STORY
Saturday, April 2, 2011
Akibat Salah Jalan

Aku baru pulang dari rumah Farah. Penatnya tidak terkata. Tetapi agak seronok kerana melalui kawasan-kawasan cantik sepanjang perjalanan ke rumah Farah.
Sebenarnya, aku ke rumah Farah untuk menemani adikku menghantar kerja rumah yang dibekalkan oleh Puan Kaloha kepadanya. Maklumlah, agak lama dia tidak hadir ke sekolah akibat sakit kepala. Mungkin Puan Kaloha tidak mahu dia ketinggalan dalam pelajaran.
Akibat kecuaian adikku, kami bertiga, iaitu aku, adikku dan kawan kami yang bernama Anis terpaksa melalui jalan yang agak jauh untuk sampai ke sana. Tetapi pemandangan sepanjang jalan sangat cantik. Aku mencadangkan supaya kami ke situ lagi pada waktu yang lain untuk bergambar. Ketika hampir tiba di rumah Farah, kami diserang beberapa orang budak lelaki. Salah seorang daripada mereka cuba menyerang kami menggunakan pistol mainan. Adikku yang terkena tembakan pistol mainan tersebut kelam-kabut menghadapi situasi itu.
Sebaik tiba di rumah Farah, kami lihat beberapa orang daripada kumpulan budak lelaki tadi turut berada di situ. Rupa-rupanya mereka ialah kawan kepada adik Farah. Oleh sebab, adik Farah yang membuka pintu, maka kertas kerja rumah diserahkan kepada adiknya. Setelah beberapa langkah meninggalkan rumah Farah, tiba-tiba Farah menjerit memanggil adikku. Mereka bersembang sebentar mengenai kerja rumah., sebelum kami melangkah pulang ke rumah.
Sewaktu hampir tiba di padang UPNM, kami diganggu oleh pelajar-pelajar UPNM yang sedang menjalankan aktiviti. Kami berasa agak bengang. Setelah pelajar-pelajar UPNM berlalu jauh dari kami, kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Aku segera mendapatkan air kosong sebaik tiba di rumah kerana terlalu haus.
Sampai sekarang aku masih berasa penat. Aku juga bengang dengan sikap sekumpulan budak lelaki yang kurang ajar itu. Bahkan, aku masih berasa meluat dengan kelakuan pelajar-pelajar UPNM sebentar tadi.
Posted by Snow Regina at 3:33 AM 0 comments
Labels: MY STORY


