Wednesday, March 30, 2011

Andainya Aku Delaila

     Drama bertajuk "Samson dan Delaila" sudah sampai ke penghujung . Penghujung ceritanya amat menghayat hati hingga boleh membuatkan hati tersentap.

     Pada akhir episod, Delaila bernikah dengan Samson, walaupun mengetahui jangka hayat Samson adalah singkat kerana menghidap penyakit jantung.  Samson meminta Amir mengahwini Delaila seandainya dia meninggal dunia.
     Delaila berkahwin dengan Amir selepas kematian Samson seperti yang diminta oleh Samson semasa hayatnya masih ada. Hasil perkahwinan dengan Samson, mereka mempunyai seorang anak perempuan. Babak yang paling menyedihkan adalah ketika Delaila melawat pusara Samson bersama anak perempuan serta suami barunya Amir.
    Tahukah kamu wahai para wanita bahawa tempat seorang isteri di syurga adalah bersama suami terakhirnya andai suaminya itu turut ditempatkan di syurga? Andainya aku Delaila, aku tidak akan berkahwin dengan Amir walaupun Samson yang meminta aku berbuat demikian kerana aku mahu bersama Samson hingga ke syurga. Lagipun, Delaila seorang perempuan berharta yang boleh menyara hidup tanpa seorang lelaki. Jika aku ialah Delaila yang sangat menyintai Samson, aku yakin bahawa pintu hati aku sukar untuk menerima lelaki lain kerana Samson sangat baik. Dia menyintai Delaila sepenuh hati. Padahal, Delaila pernah mempunyai anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan Amir.
     Mungkin ada perempuan yang berkahwin lain selepas kematian suami bertujuan untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke kancah zina. Tetapi bagi perempuan yang sukar untuk menerima dan melupakan seseorang yang istimewa seperti aku, mungkin aku tidak akan ' berselera' terhadap lelaki lain selepas kematian suamiku yang menjaga dan menyayangiku sepenuh hati, walaupun dia pernah terluka disebabkan sikapku yang pernah mengabaikannya.
     Walau bagaimanapun, secara realiti, belum tentu lagi ada lelaki yang sebaik Samson. Andainya semua lelaki akhir zaman mempunyai sikap kaki perempuan, aku rela tidak berkahwin selama-lamanya.

0 comments: