Friday, March 25, 2011

Tikus Masuk Sarang Burung

     Pelik tetapi benar. Hanya itu yang boleh aku ungkapkan tentang kejadian yang berlaku pada pagi tadi. Ketika itu, adik-adikku mahu ke sekolah. Aku pula belum bangun lagi. Aku berasa sangat penat sebab dalam keadaan haid.
     Adik perempuanku yang melalui kawasan dapur terperanjat besar melihat dua ekor tikus masuk ke dalam sarang burung ayahku. Dia dengan selamba berkata, "Kenapa mama kurung tikus kat dalam sangkar burung tu?"
      " Buat apa mama nak kurung dia dalam tu? Mama bukan nak bela tikus," balas mamaku.

   
      Aku bangun agak lewat. Itu pun disebabkan ada seorang lelaki mengganggu tidurku. Dia adalah kawan lamaku. Selepas berbual-bual dengannya di telefon bimbit, aku terus meluru ke dapur. Aku juga terkejut apabila mengetahui ada dua ekor tikus dalam sarang burung ayahku.
     " Selalu kalau pasang perangkap tikus, seekor tikus je yang masuk kat dalam tu. Hari ni, boleh pula tikus masuk kat dalam sarang burung. Dua ekor pula tu, " kataku kepada mama.
   
  Oleh sebab, aku dan mama kuberasa geli terhadap tikus-tikus tersebut, kami terpaksa menunggu ayah pulang untuk mengeluarkan tikus-tikus itu, selain menamatkan riwayat haiwan perosak itu. Kasihan burung-burung di salam sarang burung ayahku kerana terpaksa berhimpit dengan tikus-tikus yang hodoh. Lebih kelakar lagi, burung-burung dan tikus-tikus di dalam sarang burung itu saling takut antara satu sama lain.




0 comments: