Thursday, April 14, 2011

Aku Hanya Mahukan Yang Terbaik Untuknya

     Aku pun tidak tahu apakah kesilapanku sehingga menyebabkan dia berasa kecil hati denganku. Mungkin caraku mahu melihat dia berjaya agak kasar. Tetapi aku mahu dia tahu bahawa aku ' mengejaminya ' kerana aku sangat menyayanginya. Walau bagaimanapun, semua itu kisah lama, nafsu lama dan dosa lama. Hari ini, aku sengaja mencoretkan kisah yang pernah berlaku antara aku dan dia untuk membuat lelaki-lelaki yang pernah menghadapi situsi sepertinya faham bahawa perempuan sepertiku mengejami lelaki bukan kerana perasaan angkuh atau ' queen control '.
     Cukuplah aku menggelarnya sebagai H. Aku menegnalinya pada  bulan 12, tzhun 2009. Ketika itu, kami masing-masing berusia 16 tahun. Pada mulanya, aku memang agak meminatinya tetapi memendam perasaan kerana menganggap dia sombong dan bongkak. Walau bagaimanapun, akhirnya kami mulai rapat setelah dia memulakan salam perkenalan kepadaku.
    Malangnya, hubungan kami berantakan kerana perasaan cemburunya yang terlalu kuat terhadap lelaki yang pernah kucintai sebelumnya, iaitu F. Dia bengang kerana aku masih berhubung dengan F walaupun aku mengakui bahawa aku menyayanginya. Aku pula selau menceritakan kehebatan F kepadanya sehingga dia berasa rendah diri. Sejujurnya, memang niatku untuk membuat dia cemburu. Tetapi niatku yang utama adalah membuat dia berasa tercabar, lalu berusaha menjadi lebih hebat daripada F. Maklumlah, aku sangat menyayanginya dan mengharapkan yang terbaik untuknya. Aku mahu cita-citanya sebagai juruterbang menjadi kenyataan.
      Selain itu, aku juga sangat menyukai sikapnya yang rajin bersolat. Maklumlah, perempuan yang agak moden dan agresif sepertiku harus berkawan dengan orang yang baik untuk merubah sikap-sikap negatif yang ada dalam diriku. Walau bagaimanpun, aku agak bengang dengan sikapnya yang suka berlucah. Maklumlah, setahu aku dia seorang yang baik. Apabila dia tiba-tiba menggunakan bahasa lucah ketika berkomunikasi denganku, sudah tentulah aku berasa terkejut. Lagipun, kebanyakan orang yang bersikap baik akan menjadi benar-benar jahat apabila terhasut dengan kejutan budaya yang tidak sihat. Aku tidak mahu kejadian yang menimpa bekas kekasih kawanku terkena pada dirinya pula.
     Beberapa kali kami bergaduh kerana salah faham sehingga pernah tidak bertegur lebih daripada smeinggu. Tetapi disebabkan cinta yang masih kuat, kami bersatu kembali. Entah mengapa pada suatu hari aku berasa sikapnya semakin teruk dan menyakitkan hati. Kali ini, aku nekad meninggalkannya buat selama-lamanya. Alhamdulillah. Aku boleh melupakannya.
     Walaupun niatku mahu meninggalkannya untuk selama-lamanya tetapi apabila dia mahu berkawan lagi denganku, aku langsung tidak menolak. Seandainya waktu boleh diputarkan semula, aku cuma mahu dia tahu bahawa aku mengejaminya kerana aku mahukan yang terbaik untuknya. Aku menyakitinya juga kerana aku mahukan yang terbaik untuknya.

Siapakah Pilihan Aku?:Lelaki Moden VS Lelaki Skema

     Walaupun zaman sekarang merupakan zaman teknologi canggih dan negara membangun tetapi masih wujud lelaki skema di atas bumi kita. Bagaimanapun, jumlah mereka terlalu sedikit.
     Pada kesempatan ini, aku mahu membezakan antara lelaki moden dengan lelaki skema. Lelaki moden biasanya mementingkan penampilan. Seperti wanita, mereka juga suka menghabiskan duit untuk membeli pakaian-pakaian berjenama supaya kelihatan ’ up to date ‘. Bukan itu sahaja, lelaki moden suka memakai aksesori seperti rantai dan cincin. Boleh dikatakan, lelaki moden memang suka berbelanja besar seperti kaum wanita. Lelaki moden juga suka merubah gaya rambut mereka.
     Bagaimana pula dengan lelaki skema? Lelaki skema selalunya memakai cermin mata putih yang dikhaskan untuk golongan rabun. Maklumlah, rajin membaca buku. Gaya rambut mereka juga agak bersahaja. Selain itu, cara mereka berjalan juga agak kelakar dan wajah mereka kelihatan sungguh bodoh apabila melemparkan senyuman atau dalam istilah lain adalah hambar.
      Siapakah pilihan aku? Lelaki moden atau lelaki skema? Jika aku diberi pilihan, sudah tentu aku memilih lelaki skema. Salah satu faktor aku memilih lelaki skema ialah wajah mereka yang hodoh mengurangkan risiko untuk dikebas wanita lain. Selain itu, sikap mereka yang tidak suka melepak melambangkan mereka lebih berakhlak baik daripada lelaki moden. Walau bagaimanapun, ada lelaki yang sengaja berpenampilan skema untuk berlagak baik. Setuju? Sebenarnya, aku meminati lelaki skema kerana gaya mereka yang bersopan-santun apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Bahkan, lelaki skema juga tidak suka mengejek-ngejek seseorang tanpa alasan yang munasabah. Sikap lelaki skema yang suka belajar juga membuatkan aku berasa masa depanku lebih cerah jika berumah tangga dengannya suatu hari nanti.
     Walau bagaimanapun, terdapat juga lelaki moden yang seimbang antara berfesyen dengan belajar. Lelaki seperti ini merupakan bonus kepada kaum perempuan seperti aku. Tidak dinafikan, lelaki moden meminati perempuan yang cantik bak model terkenal. Tetapi jangan hairan jika akhirnya mereka memilih perempuan yang dikategorikan sebagai skema untuk dijadikan isteri. Hal ini, disebabkan perempuan skema jarang terdedah dengan gejala sosial  yang merosakkan akhlak. Oleh sebab itu, mereka berpendapat wanita seperti ini sesuai untuk dijadikan isteri kerana boleh menghadiakan mereka zuriat yang beraklah mulia.
      Bagaimanapun, aku kurang meminati lelaki moden kerana aku menyukai lelaki yang selamba dan menonjolkan wajahnya yang sebenar. Semua orang sudah sedia maklum, bahawa lelaki zaman sekarang sudah pandai bersolek. Apabila mereka bersolek, maka wajah sebenar mereka tidak dapat diketahui. Mungkin disebabkan, aku pernah menjadi perempuan yang  tidak memakai walau secalit bedak di wajah apabila keluar rumah, maka aku berasakan lelaki skema lebih sesuai denganku, meskipun kini aku sudah mula bersolek apabila keluar rumah.

Kucing Pun Pandai Merajuk

     Beberapa hari lepas, Staf Meor menghadiahkan kucing kepada keluargaku. Kucing itu besar, berbulu putih dan gebu. Paling penting, kucing itu lebih bijak daripada manusia zaman sekarang. Manusia zaman sekarang harapkan otak sahaja berat tetapi akal tiada.
     Baiklah, kita lupakan perihal tentang manusia zaman sekarang yang tiada akal. Aku mahu menyambung semula kisah kucingku supaya kisah yang kucoret kali ini tidak lari daripada tajuk.
     Petang tadi, selepas pulan dari kerja, ayah berman-main dengan kucingku. Kucing yang jinak dan manja itu tiba-tiba bergurau kasar. Dia mencakar tangan ayah. Nasib baik dia tidak ditampar oleh ayah. Ayahku memarahinya. Dia meninggalkan ayahku sebaik sahaja dimarahi. Apabila ayah memanggilnya, dia langsung tidak mahu mempedulikan ayah.
     Tidak lama selepas itu, ayah tidur kerana kepenatan. Tiba-tiba, dia menggangu ayah yang sedang tidur. Ayah yang terjaga daari tidur segera menjerkahnya. Akibatnya, dia merajuk sekali lagi. Entahlah, bila dia akan sejuk kembali.

Kasihan Dia Tak Sempat Bermanja Hari Ini

     Hari ini memang ' mood ' aku kurang baik sampai menitiskan air mata. Aku gusar memikirkan sesuatu. Sebenarnya, sejak semalam lagi aku menitiskan air mata sehingga menyebabkan aku berasa agak sesak nafas. Seperti biasa, setiap kali stres aku akan melelapkan mata kerana tidak mahu sakit kepala berpanjangan.
     Setiap hari, aku pasti akan meluangkan masa di malam hari untuk memeluk dan mencium dia. Gatalkan aku ini? Sungguh tak malu, perempuan cium lelaki. Siapakah dia? Suami? Aku belum berkahwin lagi. Teman lelaki? Mungkinkah aku jatuh cinta lagi? Padahal, baru semalam aku mengatakan aku mahu memikirkan masa depan sebelum berfikir tentang teman lelaki.
      Sebenarnya, dia ialah adik bongsuku. Selalunya, aku akan bergurau dengan adikku yang comel itu. Maklumlah, dia sibuk bersekolah sehingga tidak sempat bergurau denganku. Walau bagaimanapun, aku sempat mengajar dia membuat kerja sekolah selama beberapa minit.

                                                                                        
     Maafkan kakak ' my dear brother '. Kakak sangat stres hari ini. Maklumlah, kakka mendapat khabar yang kurang baik semalam sehingga menyebabkan kaka berasa runsing dan tidak sedap hati.

Wednesday, April 13, 2011

Adakah Cinta Mereka Berpaut Kembali?

     Dulu, aku pernah bekerja sambilan di MTD. Aku juga sempat berkenalan dengan beberapa orang pelajar-pelajar MTD yang kinimerupakan lepasan SPM yang sedang menunggu tawaran untuk sambung belajar.
      Aku mahu bercerita tentang seorang budak MTD yang kukenali dari kompeni Delta. Budak lelaki ini agak ' handsome ' orangnya. Disebabkan faktor ini jugalah ' ex-girlfriend ' dia yang sama sekolah dengannya sebelum dia bersekolah di MTD menaruh hati kepadanya sejak di tingkatan satu lagi. Hendak dijadikan cerita, hubungan mereka terputus kerana ' ex-girlfriend ' dia sukar mempercayai lelaki.
      Walau bagaimanapun, aku terkejut beruk apabila gambar mereka mengambil gambar bersama-sama dimasukkan ke dalam facebook. Adakah cinta mereka berpaut kembali? Aku sendiri tidak pasti.
      Oleh sebab, aku sudah belajar untuk tidak menjaga tepi kain orang, maka aku malas bertanyakan tentang hubungan mereka, meskipun bukan sahaja lelaki tersebut, bahkan ' ex-girlfriend ' dia juga merupakan kawanku, walaupun kami hanya berkenalan melalui facebook. Aku, bila pula mahu membuka pintu hati setelah sekian lama kecewa? Jawapannya adalah sekarang bukan masa yang sesuai. Aku mahu memastikan masa depanku benar-benar terjamin sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang. Lagipun, aku mendapat pengajaran daripada hubunganku yang telah terputus dengan lelaki-lelaki yang pernah aku cintai supaya jangan mudah mempercayai janji-janji seseorang.