Thursday, March 31, 2011

Jalan Berpenunggu di Gua Musang

     Sesiapa yang pernah melalui Gua Musang pasti tahu bagaimana keadaan jalan di daerah tersebut. Jalan di daerah tersebut yang berbukit-bukau meningkatkan risiko kemalangan. Tetapi tahukah anda, salah satu punca kemalangan terjadi di daerah tersebut?

 

     Sebenarnya, salah satu jalan di kawasan Gua Musang berpenunggu. Mungkin kepada individu yang sudah mengetahui selok-belok jalan di Gua Musang tidak akan terpedaya dengan tipu helah penunggu di situ yang menuntut nyawa para pengguna jalan raya di sana.
     Aku ada sebuah kisah yang ingin diceritakan kepada kamu semua. Pada suatu hari, kakak sepupuku memandu kereta kekasihnya yang mengambilnya dari universiti untuk pulang ke rumah. Dia mengambil keputusan untuk memandu kereta kerana melihat kekasihnya yang kepenatan semasa memandu. Beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu telah terhumban ke dalam gaung.  Kakak sepupuku tidak sedarkan diri. Walau bagaimanapun, kekasihnya yang tidur di sebelah tempat duduk pemandu tersedar tiba-tiba. Dia meminta bantuan daripada seorang penduduk yang tinggal berhampiran. Sebaik meminta bantuan dia jatuh pengsan.


      Menurut penduduk tersebut, kemalangan selalu berlaku di kawasan tersebut. Akibat kejadian itu, kakak sepupuku hilang dua jari kanan, manakala kekasihnya mendapat beberapa jahitan di bahagian kepala. Kakak sepupuku histeria dengan kejadian tersebut.
     Mamaku berkata, kadang-kala ada kawasan tertentu yang berpenunggu. Penunggu di kawasan tersebut sengaja mengaburi mata para pemandu dengan membuat pemandu melihat kawasan yang sebenarnya gaung mempunyai lorong untuk dilalui, manakala kawasan yang sebenarnya mempunyai lorong dilalui kelihatan seperti gaung. Para pemandu yang tidak mahir tentang selok-belok jalan akan menjadi mangsa kemalangan. Aku semakin prcaya dengan kata-kata mamaku apabila kawan adikku menceritakan bahawa terdapat sebuah tempat di Gua Musang yang dikatakan memang keras. Tempat tersebut sebenarnya hanay mempunyai satu lorong, iaitu di hadapan. Tetapi penunggu mengaburi mata pemandu dengan membuatkan pemandu tidak nampaklorong di hadapan. Mereka hanya nampak lorong di sebelah kanan dan sebelah kiri yang sebenarnya ialah gaung. Selalunya, para pemandu yang mahir dengan selok-belok di Gua Musang akan beristighfar apabila situasi tersebut terjadi kepada mereka sebelum terus memandu ke arah hadapan walaupun kelihatan seperti tiada lorong melainkan gaung di hadapan.
      Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa berdoa untuk mengelakkan diri daripada ditimpa bala. Lebih-lebih lagi, kita diajar sejak kecil tentang pelbagai jenis doa sepertoi doa keluar rumah, doa menaiki kenderaan dan doa makan.

0 comments: