Saturday, April 2, 2011

Akibat Salah Jalan


     Aku baru pulang dari rumah Farah. Penatnya tidak terkata. Tetapi agak seronok kerana melalui kawasan-kawasan cantik sepanjang perjalanan ke rumah Farah.
     Sebenarnya, aku ke rumah Farah untuk menemani adikku menghantar kerja rumah yang dibekalkan oleh Puan Kaloha kepadanya. Maklumlah, agak lama dia tidak hadir ke sekolah akibat sakit kepala. Mungkin Puan Kaloha tidak mahu dia ketinggalan dalam pelajaran.
      Akibat kecuaian adikku, kami bertiga, iaitu aku, adikku dan kawan kami yang bernama Anis terpaksa melalui jalan yang agak jauh untuk sampai ke sana. Tetapi pemandangan sepanjang jalan sangat cantik. Aku mencadangkan supaya kami ke situ lagi pada waktu yang lain untuk bergambar. Ketika hampir tiba di rumah Farah, kami diserang beberapa orang budak lelaki. Salah seorang daripada mereka cuba menyerang kami menggunakan pistol mainan. Adikku yang terkena tembakan pistol mainan tersebut kelam-kabut menghadapi situasi itu.
      Sebaik tiba di rumah Farah, kami lihat beberapa orang daripada kumpulan budak lelaki tadi turut berada di situ. Rupa-rupanya mereka ialah kawan kepada adik Farah. Oleh sebab, adik Farah yang membuka pintu, maka kertas kerja rumah diserahkan kepada adiknya. Setelah beberapa langkah meninggalkan rumah Farah, tiba-tiba Farah menjerit memanggil adikku. Mereka bersembang sebentar mengenai kerja rumah., sebelum kami melangkah pulang ke rumah.
      Sewaktu hampir tiba di padang UPNM, kami diganggu oleh pelajar-pelajar UPNM yang sedang menjalankan aktiviti. Kami berasa agak bengang. Setelah pelajar-pelajar UPNM berlalu jauh dari kami, kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Aku segera mendapatkan air kosong sebaik tiba di rumah kerana terlalu haus.
      Sampai sekarang aku masih berasa penat. Aku juga bengang dengan sikap sekumpulan budak lelaki yang kurang ajar itu. Bahkan, aku masih berasa meluat dengan kelakuan pelajar-pelajar UPNM sebentar tadi.

0 comments: