Thursday, April 7, 2011

Kapten F...Cukuplah Sampai Di Sini


      Kadang-kala, aku malas mahu mengungkit kisah lama. Tetapi, sejarah yang mengajar kita untuk tidak mngulangi kesilapan. Bukan sedikit orang yang tahu tentang hubungan aku dengan Kapten F pada suatu ketika dahulu. Bahkan, tanpa aku sedari, kawan baiknya sendiri, Kapten T sudah sedia maklum bahawa kami agak rapat.
     Sejujurnya, pada awalnya aku hanya mengenalinya melalui telefon bimbit walaupun dia bekerja di tempat yang sama dengan ayahku. Suaranya yang seperti orang tua kehabisan ubat batuk menyakitkan telinga aku. Ditambah lagi dengan sikapnya yang menyamakan aku dengan teman wanitanya membuatkan aku sangat membencinya.

 

     Pertama kali bertentang mata, aku langsung tidak tahu bahawa dialah lelaki yang bergaduh denganku melalui telefon bimbit suatu ketika dahulu. Dia tidak jemu-jemu memandang ke arahku sambil menguntumkan senyuman. Berbekalkan kulit cerah, bibir romantik dan wajah yang sedap mata memandang, aku tertawan melihatnya. Walau bagaimanapun, aku kurang mempedulikan kata hatiku yang terpukau dengannya. Maklumlah, wajahnya yang seperti berbangsa cina membuatkan aku terfikir bahawa dia bukan penganut agama Islam.
      Kepalaku seperti dihempap pokok besar tatkala mendengar Kapten S menyebut namanya. Aku mula mengesyaki dia merupakan pegawai yang berkelahi denganku melalui telefon bimbit suatu ketika dahulu. Perasaan kecewa mula menyelimuti hati kerana aku yakin dia telah berpunya. Tetapi aku juga tidak boleh menafikan bahawa dalam hati ada taman.

 

     Entah bagaimana dia boleh terduduk di sebelahku. Paha kami hampir bertemu. Kutatap wajahnya dalam-dalam. ' Dari jauh ' handsome ', dekat-dekat persia ' batman ' ayah aku,' getus hatiku. Aku mula menegur untuk memastikan dialah lelaki yang mencetuskan kemarahan aku melalui telefon bimbit suatu ketika dahulu. Dia tanpa berdalih telah mengakuinya. Aku sangat hampa kerana hati ini memang tidak sanggup untuk melupakan dia walaupun baru kali pertama bersua muka. Tetapi aku juga tidak boleh memberi kebenaran mulutku melafazkan cinta kepada orang yang telah dimiliki.

 

      Aku tidak tahu apakah punca yang menyebabkan aku ucapkan kata-kata cinta kepadanya setelah beberapa minggu aku mengenalinya. Mungkin aku tertipu dengan alasannya bahawa kononnya dia belum berpunya, padahal aku mendengar dengan telinga sendiri, dia menyamakan aku dengan teman wanitanya ketika kami berkelehi di telefon bimbit dahulu. Tetapi tidak mustahil juga aku menipu diri sendiri dengan meyakinkan hati bahawa dia belum berpunya hanya kerana cinta kilatku terhadapnya.
      Waktu berganti, tetapi hubungan kami kekal walaupun kerap berlaku salah faham. Dia mengesyaki aku mempunyai hubungan dengan abang angkatku A dan aku mengesyaki dia mempunyai teman wanita sebelum mengenali aku. Aku sentiasa cemburu walaupun hakikatnya dia bukan teman lelakiku. Selain itu, aku bengang dengan sikapnya yang mengesyaki aku empunyai hubungan dengan A. Agak mustahil aku menyukai lelaki yang berjiwa lembut seperti A kerana aku individu yang agak agresif dan sering terpengaruh dengan movie-movie ganas.
     Malangnya, dia hanya pernah menghantar SMS kepadaku tetapi tidak pernah menelefonku. Aku yang selalu menelefonnya. Terdetik di hatiku bahawa dia menghabiskan wang kepada perempuan lain. Pada suatu hari, aku menelefonnya. AKu tidak pasti apa yang tidka kena dengannya. Dia meninggikan suara kepada aku. Aku memang sangat terasa kerana lebih setahun aku bersabar dengan sikapnya yang langsung tidak pernah menelefonku. Dia juga suka berlucah sepanjang kam berkenalan. Tteapi aku tetap bersabar dengan harapan dia akan berubah. Aku yakin, sekuat mana pun nafsu seorang lelaki, masih ada lelaki baik yang bernyawa di bumi ini, di mana mereka tidak akan menuturkan kata-kata lucah kepada wanita yang bukan isterinya. Salah seorang lelaki sebaik itu yang pernah datang dalam hidupku ialah I, pelajar UPNM. Akhirnya, cinta aku kepada Kapten F terpadam setelah sekian lama bersabar dengannya.
     Walaupun aku tidak lagi menyintainya, aku btidka pernah memberitahunya hakikat yang sebenar. Aku masih melayannya sebagai seorang kawan. Cuma aku sering mengelak apabila dia meminta aku menghantar gambar kepadanya. Bahkan SMS daripadanya, jarang sekali aku balas. Aku masih ingat ketika dia menghubungiku pada hari lahirnya tahun lepas, aku langsung tidak menjawab panggilan telefon daripadanya.

 

     Aku pernah bertanyakan sama ada dia memiliki akaun facebook atau tidak tetapi dia menjawab tidak walaupun hakikatnygi.a dia memiliki sebuah akaun facebook. Akhirnya terbongkar rahsia bahaw aida rapat dengan seorang perempuan bernama Y. Menurut abang-abang angkat Y mereka akan bertunang tidak lama lagi. Sekiranya mereka bertunag, itu bukan satu masalah besar bagiku kerana hatiku sudah tidak mahu menyintainya lagi. Setiap kali pertanyaan tentang Y diajukan kepadanya diajukan, dia menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa. Aku sangat terkilan dengan sikapnya. Akhirnya, aku keraskan hati untuk langsung tidak melayannya lagi., Tetapi aku sentiasa kalah dengan rayuannya. Walaupun tanpa cinta di dalam hati ini, aku tetap berhubung dengannya lagi.
       Bahkan pada hari lahirku, aku meluangkan masa untuk menelefonnya. Entah mengapa aku berasa ada sedikit kekecewaan di hatinya akibat kehilangan Y yang memutuskan perhubungan mereka. Sesungguhnya, jika Y di hatinya, aku tidak mahu menghalang. Tetapi aku juga bukan menyukai mereka bersama. Mungkin ada dendam di hatiku yang membuatkan aku tidak mahu melihat mereka bersama tetapi aku manusia yang mempunyai naluri. Aku tidak sampai hati jika mereka terus bersedih. Kesedihan yang Y rasai akibat hubungannya dengaKapten F putus di tengah jalan pernah dirasai olehku juga.
      Mungkin kami tiada jodoh. Akhirnya, kami langsung tidak berhubung lagi. Padahal, hari terakhir kami berhubung, kami langsung tidak bersengketa. Aku berasa agak kehilangan walaupun aku membencinya. Maklumlah, sudah tiga tahun kami berkawan. Tetapi aku ada harga diri. Aku memujuk hati untuk merelakan dia pergi. Apa guna andai kami terus berkawan lagi? Aku sudah tidak menyintainya. Dia pula tidak pernah mahu memperisterikan aku. Selain itu, aku juga berdendam dengannya. Bahkan, aku juga takut menanggung risiko bersuamikan lelaki yang pernah mempermainkan perasaanku.
     Ya, hari ini cukup sebulan kami tidak berhubung! Biarlah kami tidak berhubung lagi walaupun aku menyayanginya sebagai seorang kawan. Jika kami berhubung, aku hanya akan mengenangkan apa yang pernah dia lakukan kepadaku. Lagipun, aku sudah selesa berkawan dengan Kapten T, kawan baiknya. Dia lebih matang dan memahami. Mungkin juga disebabkan aku pernah menyukai Kpaten T dan Kapten F serentak suatu ketika dahulu tetapi hati aku lebih berpihak kepada Kapten F membuatkan aku merapati Kapten T kini. Aku bukan mahu menebus rasa cinta yang lalu. Tetapi aku berminat mengenali lelaki itu.

 

     Aku tidak mengharapkan Kapten T menjadi suamiku kerana aku. Aku cuma berharap Allah S. W. T. berikan aku jodoh dengan lelaki yang boleh merubahku daripada jahat kepada baik. Paling penting, aku mahukan suami yang menghormati dan disenangi keluargaku. Amin.

0 comments: