Saturday, April 9, 2011

Terharu Menonton Sinetron Faiz dan Faizah

      Tidak keterlaluan jika aku mengatakan hampir seluruh rakyat Malaysia sudah menonton drama Faiz dan Faizah kerana drama ini sudah beberapa kali ditayangkan di siaran televisyen di Malaysia. Watak Faiz dan Faizah yang comel boleh mencuit hati sesiapa yang memandangnya.
     Hari ini, aku menonton drama tersebut lagi di TV 9. Pada episod kali ini, Faiz, adik Faizah telah diculik. Kawan-kawan Faiz, termasuk kakaknya Faizah dan Abang Jali berusaha untuk menyelamatkan Faiz. Malangnya, salah seorang kawan Faiz tertangkap ketika berusaha menyelamatkan Faiz.
     Aku sangat terharu melihat babak kawan Faiz mengajak Faiz bertayamum kerana ketiadaan air walaupun mereka sedang diculik. Kawan Faiz menawarkan diri untuk mengajar Faiz yang masih kecil bertayamum. Selepas bertayamum, mereka bersolat di atas helaian surat khabar kerana ketiadaan sejadah.
      Penculik yang berada berhampiran mereka kelihatan terpaku melihat mereka menunaikan solat. Drama ini sememangnya sangat sesuai dipertontonkan di televisyen kerana banyak memaparkan nilai-nilai Islam. Subhanallah.

0 comments: