Aku pun tidak tahu apakah kesilapanku sehingga menyebabkan dia berasa kecil hati denganku. Mungkin caraku mahu melihat dia berjaya agak kasar. Tetapi aku mahu dia tahu bahawa aku ' mengejaminya ' kerana aku sangat menyayanginya. Walau bagaimanapun, semua itu kisah lama, nafsu lama dan dosa lama. Hari ini, aku sengaja mencoretkan kisah yang pernah berlaku antara aku dan dia untuk membuat lelaki-lelaki yang pernah menghadapi situsi sepertinya faham bahawa perempuan sepertiku mengejami lelaki bukan kerana perasaan angkuh atau ' queen control '.
Cukuplah aku menggelarnya sebagai H. Aku menegnalinya pada bulan 12, tzhun 2009. Ketika itu, kami masing-masing berusia 16 tahun. Pada mulanya, aku memang agak meminatinya tetapi memendam perasaan kerana menganggap dia sombong dan bongkak. Walau bagaimanapun, akhirnya kami mulai rapat setelah dia memulakan salam perkenalan kepadaku.
Malangnya, hubungan kami berantakan kerana perasaan cemburunya yang terlalu kuat terhadap lelaki yang pernah kucintai sebelumnya, iaitu F. Dia bengang kerana aku masih berhubung dengan F walaupun aku mengakui bahawa aku menyayanginya. Aku pula selau menceritakan kehebatan F kepadanya sehingga dia berasa rendah diri. Sejujurnya, memang niatku untuk membuat dia cemburu. Tetapi niatku yang utama adalah membuat dia berasa tercabar, lalu berusaha menjadi lebih hebat daripada F. Maklumlah, aku sangat menyayanginya dan mengharapkan yang terbaik untuknya. Aku mahu cita-citanya sebagai juruterbang menjadi kenyataan.
Selain itu, aku juga sangat menyukai sikapnya yang rajin bersolat. Maklumlah, perempuan yang agak moden dan agresif sepertiku harus berkawan dengan orang yang baik untuk merubah sikap-sikap negatif yang ada dalam diriku. Walau bagaimanpun, aku agak bengang dengan sikapnya yang suka berlucah. Maklumlah, setahu aku dia seorang yang baik. Apabila dia tiba-tiba menggunakan bahasa lucah ketika berkomunikasi denganku, sudah tentulah aku berasa terkejut. Lagipun, kebanyakan orang yang bersikap baik akan menjadi benar-benar jahat apabila terhasut dengan kejutan budaya yang tidak sihat. Aku tidak mahu kejadian yang menimpa bekas kekasih kawanku terkena pada dirinya pula.
Beberapa kali kami bergaduh kerana salah faham sehingga pernah tidak bertegur lebih daripada smeinggu. Tetapi disebabkan cinta yang masih kuat, kami bersatu kembali. Entah mengapa pada suatu hari aku berasa sikapnya semakin teruk dan menyakitkan hati. Kali ini, aku nekad meninggalkannya buat selama-lamanya. Alhamdulillah. Aku boleh melupakannya.
Walaupun niatku mahu meninggalkannya untuk selama-lamanya tetapi apabila dia mahu berkawan lagi denganku, aku langsung tidak menolak. Seandainya waktu boleh diputarkan semula, aku cuma mahu dia tahu bahawa aku mengejaminya kerana aku mahukan yang terbaik untuknya. Aku menyakitinya juga kerana aku mahukan yang terbaik untuknya.
Thursday, April 14, 2011
Aku Hanya Mahukan Yang Terbaik Untuknya
Posted by Snow Regina at 11:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment