Saturday, April 9, 2011

Kura-kura Bertelur

     Pada sambutan Awal Muharram tahun lepas., adik bongsuku beria-ria mahu membeli kura-kura. Tetapi ayahku tidak memenuhi keinginannya. Pada sebelah petang, pak cikku dan keluarganya datang ke rumah kami.
      Adikku mengajak sepupu kami yang seusia dengannya bermain di tepi tasik. Mereka ternampak seekor kura-kura berhampiran tasik. Mereka pulang ke rumah untuk menyampaikan khabar gembira tersebut. Aku segera mendapatkan kura-kura tersebut sebelum didahului orang lain. Murah sungguh rezeki adikku pada Awal Muharram. Alhamdulillah.






Selepas beberapa bula memelihara kura-kura besar tersebut, baru-baru ini kura-kura tersebut telah bertelur. Oleh sebab bertelur di dalam air, telurnya telah pecah. Kasihan sang kura-kura besar. Ayahku pernah mencadangkan untuk melepaskan kura-kura tersebut ke dalam tasik semula. Tetapi adikku tidak bersetuju. Walau bagaimanapun, selepas melihat telur sang kura-kura itu pecah, adikku pun bersetuju. Malangnya, ayah pula tidak sampai hati berbuat demikian.
        Aku mencadangkan, ayah menempatkan kura-kura tersebut bersama ikan-ikan kelinya di belakang rumah. Tetapi ayah menolak untuk berbuat demikian. Hal ini disebabkan, ayah khuatir kura-kura tersebut memakan ikan-ikan kelinya.

0 comments: