Semenjak aku berjiran dengan Staf Meor di Pangsapuri Annur hingga aku berpindah ke Jalan Hang Lekir yang terletak berdekatan MTD, aku sudah sedia maklum bahawa Staf Meor ada membela kucing.
Ketika di zaman kanak-kanak dahulu, aku juga sukakan kucing. Tetapi apabila aku sudah meningkat dewasa, minat aku terhadap haiwan semakin luntur.
Petang ini, cuaca sangat sejuk kerana bumi dibasahi tangisan dari awan ( hujan ). Kesejukannya menyelimuti segenap tubuhku. Ketika aku sedang mandi, Staf Meor datang ke rumah menghantar seekor kucing. Aku yang mendapat berita tentang hadiah daripada Staf Meor itu, terus meluru ke bilik belakang sejurus lengkap berpakaian.
Entah mengapa, ngiauan kucing tersebut sungguh manja dan mengingatkan aku kepada seseorang,iaitu Iman Rayyan Shah. Aku semakin terpesona melihat kucing yang bersembunyi di bawah katil itu kerana memiliki sepasang mata biru yang berkilauan umpama mutiara. Bulunya juga putih dan bersih umpama kilauan kaca tajam.
Saiz kucing itu agak besar. Dia menjilat-jilat tangan adik perempuanku saat adikku itu memberinya makanan.
" Macam sedap je makanan kucing ni...," ujar adikku.
" Kau amiklah sekeping, makan," usikku.
" Kepala hotak kau," balas adikku sambil ketawa.



0 comments:
Post a Comment