Walaupun zaman sekarang merupakan zaman teknologi canggih dan negara membangun tetapi masih wujud lelaki skema di atas bumi kita. Bagaimanapun, jumlah mereka terlalu sedikit.
Pada kesempatan ini, aku mahu membezakan antara lelaki moden dengan lelaki skema. Lelaki moden biasanya mementingkan penampilan. Seperti wanita, mereka juga suka menghabiskan duit untuk membeli pakaian-pakaian berjenama supaya kelihatan ’ up to date ‘. Bukan itu sahaja, lelaki moden suka memakai aksesori seperti rantai dan cincin. Boleh dikatakan, lelaki moden memang suka berbelanja besar seperti kaum wanita. Lelaki moden juga suka merubah gaya rambut mereka.
Bagaimana pula dengan lelaki skema? Lelaki skema selalunya memakai cermin mata putih yang dikhaskan untuk golongan rabun. Maklumlah, rajin membaca buku. Gaya rambut mereka juga agak bersahaja. Selain itu, cara mereka berjalan juga agak kelakar dan wajah mereka kelihatan sungguh bodoh apabila melemparkan senyuman atau dalam istilah lain adalah hambar.
Siapakah pilihan aku? Lelaki moden atau lelaki skema? Jika aku diberi pilihan, sudah tentu aku memilih lelaki skema. Salah satu faktor aku memilih lelaki skema ialah wajah mereka yang hodoh mengurangkan risiko untuk dikebas wanita lain. Selain itu, sikap mereka yang tidak suka melepak melambangkan mereka lebih berakhlak baik daripada lelaki moden. Walau bagaimanapun, ada lelaki yang sengaja berpenampilan skema untuk berlagak baik. Setuju? Sebenarnya, aku meminati lelaki skema kerana gaya mereka yang bersopan-santun apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Bahkan, lelaki skema juga tidak suka mengejek-ngejek seseorang tanpa alasan yang munasabah. Sikap lelaki skema yang suka belajar juga membuatkan aku berasa masa depanku lebih cerah jika berumah tangga dengannya suatu hari nanti.
Walau bagaimanapun, terdapat juga lelaki moden yang seimbang antara berfesyen dengan belajar. Lelaki seperti ini merupakan bonus kepada kaum perempuan seperti aku. Tidak dinafikan, lelaki moden meminati perempuan yang cantik bak model terkenal. Tetapi jangan hairan jika akhirnya mereka memilih perempuan yang dikategorikan sebagai skema untuk dijadikan isteri. Hal ini, disebabkan perempuan skema jarang terdedah dengan gejala sosial yang merosakkan akhlak. Oleh sebab itu, mereka berpendapat wanita seperti ini sesuai untuk dijadikan isteri kerana boleh menghadiakan mereka zuriat yang beraklah mulia.
Bagaimanapun, aku kurang meminati lelaki moden kerana aku menyukai lelaki yang selamba dan menonjolkan wajahnya yang sebenar. Semua orang sudah sedia maklum, bahawa lelaki zaman sekarang sudah pandai bersolek. Apabila mereka bersolek, maka wajah sebenar mereka tidak dapat diketahui. Mungkin disebabkan, aku pernah menjadi perempuan yang tidak memakai walau secalit bedak di wajah apabila keluar rumah, maka aku berasakan lelaki skema lebih sesuai denganku, meskipun kini aku sudah mula bersolek apabila keluar rumah.
Thursday, April 14, 2011
Siapakah Pilihan Aku?:Lelaki Moden VS Lelaki Skema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment