Sunday, April 3, 2011

Akibat Makan Makanan Terlalu Pedas

      Kelmarin, aku dan keluarga mengunjungi Uptown yang baru di buka berdekatan The Mines. Uptown tersebut agak luas. Boleh tahan ramai juga pengunjung ke sana. Di Uptown yang dibuka selama 12 jam sehari itu, iaitu dari pukul tiga petang sehingga tiga pagi, pengunjung-pengunjung boleh mencuci mata atau membeli pelbagai jenis fesyen kasut, baju, topi dan lain-lain lagi. Tempat karaoke juga disediakan di sana.
     Aku berasa agak penat kerana berjalan di kawasan Uptown yang agak luas itu. Walau bagaimanapun, kami sekeluarga hanya membeli gula-gula. Ayahku pula hanya mendapatkan perkhidmatan mengurut (perkhidmatan daripada pakar mengurut bukan daripada GRO dari China )  yang terdapat di situ.
     Pada mulanya, kami sekeluarga berniat mahu menikmati makanan di salah sebuah gerai makan yang terdapat di Uptown tersebut. Tetapi kami terpaksa membatalkan niat kerana semua gerai makan dipenuhi pelanggan. Kami terpaksa makan di restoran berhampiran. Lebih malang lagi, gerai itu dicopkan sebagai kategori gerai kotor. Aku dan adik perempuanku menikmati mee bandung. Kami berdua berasa geram kerana mee bandung tersebut sangat pedas. Begitu juga dengan roti naan ayam tandoori yang dimakan oleh ibuku. Selain itu, harga makanan di situ juga tidak berpatutan.
     Oleh sebab, kami sekeluarga mendapat baucer RM 20, kami hanya perlu membayar separuh daripada harga makanan yang telah kami nikmati. Akibat makan makanan yang sangat pedas dan mungkin juga disebabkan faktor memilih kedai yang dikategorikan sebagai kedai kotor, aku dan keluarga sakit perut hingga ke hari ini. Aku berjanji tidak mahu ke gerai tersebut lagi.

0 comments: