Thursday, April 14, 2011

Kasihan Dia Tak Sempat Bermanja Hari Ini

     Hari ini memang ' mood ' aku kurang baik sampai menitiskan air mata. Aku gusar memikirkan sesuatu. Sebenarnya, sejak semalam lagi aku menitiskan air mata sehingga menyebabkan aku berasa agak sesak nafas. Seperti biasa, setiap kali stres aku akan melelapkan mata kerana tidak mahu sakit kepala berpanjangan.
     Setiap hari, aku pasti akan meluangkan masa di malam hari untuk memeluk dan mencium dia. Gatalkan aku ini? Sungguh tak malu, perempuan cium lelaki. Siapakah dia? Suami? Aku belum berkahwin lagi. Teman lelaki? Mungkinkah aku jatuh cinta lagi? Padahal, baru semalam aku mengatakan aku mahu memikirkan masa depan sebelum berfikir tentang teman lelaki.
      Sebenarnya, dia ialah adik bongsuku. Selalunya, aku akan bergurau dengan adikku yang comel itu. Maklumlah, dia sibuk bersekolah sehingga tidak sempat bergurau denganku. Walau bagaimanapun, aku sempat mengajar dia membuat kerja sekolah selama beberapa minit.

                                                                                        
     Maafkan kakak ' my dear brother '. Kakak sangat stres hari ini. Maklumlah, kakka mendapat khabar yang kurang baik semalam sehingga menyebabkan kaka berasa runsing dan tidak sedap hati.

0 comments: