Saturday, April 9, 2011

Penunggang-penunggang Motosikal yang Bengong

     Hari ini, ada pasar malam di Pekan Sungai Besi. Aku dan keluarga ke sana untuk membeli makanan. Aku memilih kuew tiaw goreng untukku santapan pada malam ini. Selepas puas membeli-belah di pasar malam, aku dan keluarga mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
     Sewaktu, aku dan mama serta adik perempuanku hendak melintas jalan, ada sebuah motosikal  yang membawa pembonceng membawa motosikal secara tidak beradab. Nasib baik aku dan keluargaku tidak dilanggar. Ketika kejadian itu ayah dan adik lelakiku sudah melintas terdahulu sebelum kami. Penunggang dan pembonceng motosikal tersebut berbaju putih seolah-olah mahu menghadapi maut.
     Selepas selamat melintas, aku dan keluarga meneruskan perjalanan untuk mendapatkan kereta yang diparkir di hadapan sebuah rumah. Tiba-tiba ada sebuah motor datang dari arah bertentangan hampir melanggar seorang mak cik di belakangku. Mak cik itu mengucap. Dia begitu terperanjat dengan kejadian tersebut. Nasibnya sungguh baik kerana tidak dilanggar.
      Sepatutnya, penunggang-penunggang motosikal harus berwaspada sebelum menunggang motosikal. Janganlah memandu seperti tuan empunya jalan.  Jika kemalangan berlaku, bukan sahaja orang yang mereka langgar boleh menemui ajal. Bahkan mereka juga mungkin akan menerima nasib yang sama. Andai mereka terselamat daripada maut, belum tentu mereka akan terselamat daripada dimasukkan ke dalam lokap kerana menunggang motosikal tidak mengikut peraturan.

     

0 comments: