Monday, April 4, 2011

Penat Mengasuh Hadif


     Hari ini, aku terpaksa menjaga Hadif kerana mama aku ke Resat untuk ' scan ' baby di dalam perut dia. Menurut doktor, kemungkinan bayi di dalam perut mama aku ialah lelaki. Aku sudah mencadangkan satu nama untuk bayi lelaki, iaitu Niyaz Rafiqi? Mama aku turut menyukai nama tersebut. Oleh sebab, mama ke Resat, aku terpaksa menjaga Hadif.
      Pada mulanya, segalanya berjalan lancar. Dia cuma berbaring di riba aku dan sedikit pun tidak meragam. Walau bagaimanapun, beberapa minit kemudian, dia mula buat perangai. Segala barang yang terdapat di atas meja telah dikacau olehnya. Bukan itu sahaja, dia juga mahu berdukung. Lebih tidak tahan lagi, apabila diberi susu, dia tidak mahu minum. Tuhan sahaja yang tahu betapa bengangnya aku dengan kelakuannya.
      Aku memasukkannya ke dalam buai tetapi dia masih menangis. Walau bagaimanapun, setelah aku berzikir, dia mulai memejamkan mata. Alhamdulillah. Akibat kepenatan menjaga budak kecil yang cerewet itu, aku juga turut tertidur berhampiran buai Hadif.
      Kesimpulannya, kepada remaja perempuan seusia aku , janganlah berkahwin awal kalau tidak mempunyai kesabaran menjaga anak kecil. Aku yang sejak kecil menolong mamaku mengasuh adik bongsuku, Iskandar tetap berasa penat melayan karenah Hadif walaupun sudah bertahun-tahun berpengalaman mengasuh kanak-kanak kecil, inikan pula remaja seusiaku yang jarang mengasuh kanak-kanak. Walau bagaimanpun, aku mendoakan semoga hubungan salah seorang kawanku dengan tunangnya yang telah melangsungkan pertunangan pada 15 Januari yang lalu supaya kekal abadi selama-lamanya. Aku harap, kawan aku itu tidak menyesal dengan keputusannya yang mahu mendirikan rumah tangga dalam usia muda.
   

0 comments: