Aku masih ingat lagi, ketika aku masih di bangku sekolah rendah, aku sangat menyukai arnab. Aku membela empat ekor arnab sahaja pada mulanya. Lama-kelamaan, arnab-arnab tersebut membiak hingga menjangkau angka lebih kurang 50 ekor. Setiap ekor arnabku akan kuberi nama. Paling penting, aku akan mengingati semua nama arnabku dan boleh membandingkan rupa arnab-arnabku. Betapa hebatnya kasih sayang aku terhadap arnab sehingga boleh membezakan rupa mereka.


Besarkan arnab ini?
Oleh sebab, aku berasa agak stres, aku membahagikan asebahagian arnab-arnabku yang masih hidup kepada ibu saudara dan datukku. Malangnya, arnabku dijadikan santapan ibu saudaraku sekeluarga. Kurang ajar sungguh. Datukku pula tidak menjaga arnabku dengan baik. Akibatnya, arnabku hilang entah ke mana.
Kini, aku tidak lagi membela arnab. Aku pasti bersedih setiap kali mengingati kejadian-kejadian yang menyebabkan aku kehilangan arnab-arnabku. Aku berasakan bahawa aku belum pernah menyayangi mana-mana bekas kekasihku seperti aku menyayangi arnab-arnabku yang telah tiada lagi. Mungkin orang beranggapan aku ini gila kerana menyayangi arnab seperti menyayangi manusia. Tetapi arnab-arnabku amat berjasa kepadaku. Merekalah teman aku ketika aku kesunyian kerana ditinggalkan orang tua yang sibuk bekerja. Hanya orang yang pernah merasakan kesunyian yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata sahaja akan memahami erti kasih sayangku terhadap arnab-arnabku.



0 comments:
Post a Comment