Tuesday, April 12, 2011

Hukum Karma Itu Wujud

    Beberapa bulan yang lepas, aku sempat menyulam asmara dengan seorang pelajar UPNM, iaitu I. Boleh tahan kacak orangnya. Selain itu, pakaiannya juga boleh dikategorikan sebagai ’ up to date ‘.
     I pernah berpesan kepada aku supaya jangan berubah sikap apabila aku mempunyai rezeki menyambung belajar ke peringkat lebih tinggi kerana hukum karma itu ada. Malangnya, dia terpesong daripada pesananya sendiri. Tanpa aku sedari, I sebenarnya sudah mempunyai teman wanita sebelum rapat denganku. Teruk juga aku dimarahi teman wanitanya. Akhirnya aku mengundur diri untuk tidak menambahkan masalah lagi, selain tidak mahu dicop sebagai perampas ’ suami ’ orang.
     Walau bagaimanapun, pesanan I masih kupegang sehingga kini. Apabila teringat peristiwa yang menimpa salah seorang staf yang bekerja di tempat yang sama dengan ayahku, aku makin teringat pesanan I tentang hukum karma.
     Aku tidak berniat mahu membuka pekung di dada sesiapa kerana aku juga manusia biasa yang bergelumung dosa. Cukuplah aku gelarkan staf di tempat kerja ayahku itu sebagai Abang Y.
     Abang Y memang seorang staf yang agak liat untuk bekerja. Ayah pernah ’ mengejaminya ’ disebabkan sikap buruknya itu sehingga seorang ustaz mengatakan bahawa ayahku seorang yang zalim. Pada suatu hari, ayah mendapat tahu bahawa Abang Y menghidap kanser. Mungkin disebabkan faktor sakit, Abang Y malas bekerja. Sepatutnya, Abang Y patut menunjukkan bahan bukti kepada ayah bahawa dia sakit, bukan mendiamkan diri sehingga memakan diri.
     Oleh sebab, Abang Y memiliki sikap negatif di tempat kerja suatu ketika dahulu, tiada sesiapa pun yang mempedulikan Abang Y walaupun dia sedang menderita penyakit kanser urat saraf kanser keempat. Bahkan dia diarahkan untuk bertukar tempat kerja. Aku sedih melihat keadaannya yang teruk ketika datang ke rumah tadi untuk berjumpah ayahku. Sudahlah badannya kurus, matanya mula bertakung air mata kerana menahan sakit yang amat sangat.Sesekali kedengaran dia terbatuk-batuk. Mulutnya sukar dibukakan menyebabkan dia tidak boleh makan, melainkan minum susu. Jika mahu memakan bubur, bubur itu mesti dikisar sehingga betul-betul halus. Giginya pula terpaksa dicabut beberapa batang untuk kebaikan kesihatannya.
     Mungkin Abang Y mendapat layanan buruk daripada orang sekelilingnya ketika sakit disebabkan sikap negatifnya suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, aku sangat terkilan dengan mereka yang masih menyimpan perasaan benci kepada Abang Y. Maklumlah, manusia tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Hari in hari malang buat dirinya. Esok pula mungkin hari kita. Memang susah untuk berbuat baik kepada orang yang sering melakukan kesalahan. Tetapi sebagai manusia, kita patut berperikemanusiaan. Kita tidak berhak menghukum manusia sesuka hati kerana yang paling adil dalam memberi hukuman hanyalah Allah.

0 comments: